web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2024 8:27AM

Pemain pertahanan Sabah FC Dominic Tan bersaing mendapat bola dengan pemain JDT Juan Gallego (kanan) dalam saingan Liga Super di Stadium Likas malam tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta'zim FC (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini apabila menewaskan Sabah FC 3-1 dalam saingan di Stadium Likas malam tadi.

Kemenangan kelima Harimau Selatan itu dimulakan dengan jaringan Romel Morales yang menanduk masuk sepakan sudut daripada Arif Aiman Hanapi pada minit ke 21.

Morales memberikan gol kedua buat JDT ketika minit kecederaan separuh masa pertama apabila penyerang kebangsaan itu menyudahkan hantaran jauh Francisco Geraldes.

Babak kedua menyaksikan pasukan tuan rumah Sabah merapatkan kedudukan pada minit ke-52 menerusi sepakan penalti diberikan pengadil Razlan Joffri Ali apabila Matthew Davies menjatuhkan Park Taesu dalam kotak penalti, sebelum disudahkan dengan tenang oleh Gabriel Peres.

Menghampiri minit terakhir perlawanan, Rawilson Batuil bertindak menjatuhkan Arif Aiman dan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan Razlan memberikan sepakan penalti yang disempurnakan Bergson bagi memberikan gol ketiga buat JDT.

Kemenangan itu menyaksikan JDT kekal di tangga teratas carta Liga Super dengan 15 mata, manakala Sabah di tangga keempat dengan tujuh mata.

Sementara itu, Penang FC meraih kemenangan pertamanya musim ini selepas menewaskan Perak FC 2-0 di Stadium Perak.

Minit ke-45 menyaksikan sepakan percuma yang diambil pemain import Joao Ferreira De Olivera menerjah gawang gol untuk jaringan pertama sebelum menggandakan kedudukan pada penghujung permainan menerusi pemain gantian Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar.

Di Pahang, tuan rumah Sri Pahang FC tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, petang tadi.

NSFC memperoleh jaringan pertama pada minit ke-24 menerusi tandukan Barathkumar Ramaloo yang menyambut sepakan percuma Takumi Sasaki, sebelum menggandakan kedudukan apabila Takumi Sasaki meledak jaringan kedua pada minit kecederaan. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

2

Sukan 6 hari yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

Semasa 14 jam yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

oleh Desmond Davidson

Semasa 1 hari yang lalu

MA63: Anwar Dijangka Buat Pengumuman Penting Pada Hari Malaysia

oleh Jason Santos

Semasa 16 jam yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah