web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

Semasa Dikemaskini 6 hari yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2024 8:21AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU – Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang di sini awal pagi kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pengabaian hingga menyebabkan kematian seorang bayi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada 8.24 pagi kelmarin. 

"Hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 5.30 pagi di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu. 

"Mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan semalam. 

Mohd Rosdi berkata berikutan itu suspek iaitu jururawat berusia lingkungan 20-an dan masih bujang ditahan pada 6 petang semalam. 

Beliau berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman hari ini. 

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. – BERNAMA


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayi Lelaki 8 Bulan Meninggal Dunia Di Taska

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jawatankuasa Khas Kabinet Ditubuh Lindungi Golongan Rentan - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Meninggal Di Pusat Jagaan: Polis Terima Arahan Lanjut Dari Pejabat Pendakwaan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Meninggal Ketika Dirawat, Keluarga Akan Saman Hospital

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91