web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bayi Meninggal Ketika Dirawat, Keluarga Akan Saman Hospital

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Feb 2022 4:58PM

Rosilawati bersama suaminya, Muhammad Hilmi menunjukkan gambar anak mereka, Muhammad Hilman Firdaus dan laporan polis mengenai kematian bayi itu pada 18 Februari lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Ibu bapa bayi lelaki yang didakwa meninggal dunia akibat kecuaian ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) di sini, sudah melantik peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan hospital itu.

Ibu mangsa, Rosilawati Ismail, 26, berkata, dia dan suami, Muhammad Hilmi Firdaus, 23, menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk melakukan langkah seterusnya.

Katanya, tindakan undang-undang diambil itu bertujuan membela nasib dan kematian anak tunggal mereka, Muhammad Hilman Firdaus Muhammad Hilmi, dua bulan yang meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

“Tindakan ini diambil berikutan timbul beberapa isu berbangkit dan kami juga tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan pihak hospital terhadap kematian anak kami.

“Anak kami diberikan susu hampir tamat tempoh dan turut diberikan ubat tidur tanpa kebenaran saya dan suami.

“Sehingga kini kami belum tahu punca kematian anak, malah perlu menunggu sehingga dua bulan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Rosilawati berkata, sebelum dirawat di HRPZ II, anaknya mengalami cirit-birit pada 5 Februari dan dibawa ke klinik, sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU) hospital itu.

Menurutnya, bayi itu kemudian semakin sembuh pada 8 Februari dan dipindahkan ke wad biasa.

“Ketika berada di wad biasa, doktor meminta saya menukar susu anak yang dibekalkan pihak hospital dengan alasan anak saya mengalami alahan.

“Saya dapati tarikh luput susu berkenaan adalah pada 12 Februari, iaitu hampir tamat dan ketika saya membancuh susu berkenaan, ia seolah-olah sudah basi.

“Saya bertanyakan kepada doktor yang merawat anak berkaitan susu diberikan dan doktor memaklumkan susu itu masih boleh digunakan,” katanya.

Rosilawati berkata, selepas meminum susu itu, anaknya kembali tidak sihat sebelum diberi ubat tidur tanpa kebenaran.

Katanya, anaknya perlu berpuasa selama lima hari bermula 15 Februari dengan alasan perut anak perlu direhatkan hingga menyebabkan bayi itu menangis kelaparan.

“Saya juga meminta pihak hospital untuk memindahkan anak ke hospital lain, namun tidak dibenarkan sebelum anak mengalami demam panas.

“Saya sempat membuat panggilan video kepada kakak yang menjaga anak pada 18 Februari lalu sebelum bayi kami meninggal dunia pada jam 4.30 petang hari sama,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci terhadap semua pihak yang terbabit dengan kematian bayi lelaki berkenaan.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin dilaporkan berkata, pihaknya amat prihatin terhadap insiden berkenaan dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga terbabit. - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayi Lelaki 8 Bulan Meninggal Dunia Di Taska

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 7 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN