web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Jul 2024 12:12PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Mendeklamasikan sajak karya sendiri membuatkan Sarjan Siti Nur Aini Jasni dan Inspektor Muhammad Faizul Mustafa berjaya menghayati setiap bait sajak dengan penuh emosi semasa persembahan pantomim bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan 2024 di Dataran Pahlawan di sini hari ini.

Sajak bertajuk "Jenalik Berdarah" yang disampaikan oleh gandingan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, mengiringi kisah pertempuran pasukan keselamatan negara serta sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka Al-Maunah, yang dipersembahkan dalam bentuk pantomim bertajuk "Op Subuh".

Op Subuh dilaksanakan ATM dan PDRM merupakan operasi khas bagi menyerbu pangkalan Al-Maunah yang berkubu di Sauk, Perak pada 2 Julai 2000 yang merancang ingin menggulingkan kerajaan pada masa itu.

Operasi yang dijalankan dengan kredibiliti serta ketangkasan anggota keselamatan yang terlibat, berjaya menewaskan ketua kumpulan Al-Maunah dan membuatkan kesemua anggota kumpulan berkenaan menyerah diri.

Namun, peristiwa di Bukit Jenalik itu telah meragut nyawa dua anggota keselamatan iaitu Detektif Koperal R. Sanghadevan daripada Cawangan Khas PDRM serta seorang anggota komando Grup Gerak Khas ATM Truper Mathew Medan.

Berkongsi dengan Bernama, Siti Nur Aini berkata sajak itu bukan sahaja meruntun emosi penonton, malah dirinya sendiri turut terkesan dan tidak dapat mengawal kesedihan sehingga menitiskan air mata ketika mendeklamasikan karya berkenaan di hadapan penonton termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Lebih menyentuh hati, anggota ATM berusia 39 tahun itu berkata ketika sampai pada bait sajak yang berbunyi "laungan ayah... ayah... tidak kedengaran lagi", beliau gagal menahan sebak apabila terkenangkan nasib anak-anak dua perwira negara yang terkorban dalam tragedi berdarah itu, 24 tahun lepas.

"Bila tiba pada bahagian (sajak) itu, saya kenang kembali situasi anak-anak mendiang yang kehilangan bapa ketika masih kecil.

"Saya turut kaitkan situasi kehilangan seorang bapa dengan diri saya sendiri, jadi dekat situ memang saya sebak tidak terhingga. Bait ini memang killer part (paling menjentik emosi)," katanya yang pernah mendeklamasikan sajak bertajuk Bakara ketika persembahan pantomim "Pertempuran di Pasar Bakara 1993" bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan 2022.

Siti Nur Aini yang telah 10 tahun berkhidmat dalam ATM itu berkata dendangan lagu seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bertajuk Di Mana Kan Ku Cari Ganti disusuli lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu nyanyian penyanyi legenda Uji Rashid yang dimainkan sebelum mereka mendeklamasikan sajak, menambah kesayuan yang diterjemahkan ketika menyampaikan karya itu.

"Tak pernah saya tak menangis bila deklamasikan sajak ini, ditambah dengan lagu yang dimainkan pula sedih," kata ibu kepada dua anak itu.

Senada dengan Siti Nur Jasni, Muhammad Faizul, 32, berkata mereka cuba mengawal perasaan agar proses deklamasi sajak berjalan lancar di hadapan tetamu yang hadir pada hari memperingati perjuangan serta pengorbanan anggota keselamatan negara demi kemakmuran serta kedaulatan Malaysia itu.

Beliau berkata walaupun tidak mengikuti sebarang kursus penulisan atau pembacaan sajak, pengalaman menyertai Kelab Warisan ketika menuntut di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) banyak membantu beliau untuk menguasai pentas.

"Saya ada asas teater ketika di UTHM sebab saya menyertai beberapa festival teater peringkat negeri semasa zaman belajar. Saya gunakan ilmu ini semasa deklamasi sajak selepas lebih tiga minggu sesi latihan," kata anggota PDRM yang kali pertama terpilih sebagai pendeklamasi sajak pada Hari Pahlawan 2024.

Mengenai penulisan "Jenalik Berdarah", Siti Nur Jasni dan Muhammad Faizul berkata proses itu mengambil masa beberapa minggu kerana mereka perlu mencari maklumat berkaitan insiden terbabit.

Sambutan Hari Pahlawan disambut pada setiap 31 Julai sebagai memperingati perjuangan serta pengorbanan anggota keselamatan negara demi kemakmuran serta kedaulatan negara dan dianjurkan secara bergilir antara ATM dan PDRM sejak 1968.

Dataran Pahlawan menjadi lokasi bagi istiadat itu sejak 2010. Sebelum ini, istiadat berkenaan diadakan di Tugu Negara, Kuala Lumpur. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong, Permaisuri Berangkat Ke Sambutan Hari Pahlawan 2024

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Hari Pahlawan 2024: Agong, Raja Permaisuri Zahirkan Penghargaan

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sukan 1 hari yang lalu

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

Sukan 1 hari yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara