web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

Kalau dulu mencari yang halal mungkin agak sukar, tapi kini tidak lagi. Ada banyak restoran halal atau mesra muslim yang boleh dikunjungi.

Selera Dikemaskini 6 hari yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2024 12:28PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pan mi sup, pan mi kicap dan pan mi cili merupakan hidangan kaum Cina yang semakin mendapat tempat di hati pelbagai kaum. Mungkin boleh disenaraikan sebagai hidangan kegemaran ramai.

Kalau dulu mencari yang halal mungkin agak sukar kerana selalunya ia tersedia di restoran-restoran Cina yang tidak halal.

Namun, kini tidak lagi. Sudah banyak restoran pan mi halal yang boleh dikunjungi. Jadi anda boleh menjamu selera pada bila-bila masa, tanpa ragu-ragu tentang bahan-bahan yang digunakan.

Berikut adalah senarai tempat makan yang menyediakan pelbagai jenis pan mi halal atau mesra muslim yang boleh dikunjungi.

1. Lapan Gourmet

Lapan Gourmet bukanlah kafe yang menghidangkan pan mi semata-mata, tetapi ia menghidangkan pelbagai jenis hidangan tempatan yang halal. Bagaimanapun, cili pan mi di sini sangat terkenal di kalangan penduduk sekitar.

Mi kenyal dengan bahan-bahan segar yang terdiri daripada taburan ayam kisar, ikan bilis, telur carak dan bawang goreng membangkitkan aroma dan rasa yang didamkan ramai.

Jika kepedasan bukan pilihan, boleh saja pesan menu pan mi yang lain seperti pan mi sup atau pan mi cili kicap.

Lapan Gourmet terletak di 5, Jalan USJ 16/2f, UEP Subang Jaya, 47630 Subang Jaya, Selangor. Dibuka dari Selasa hingga Ahad, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

2. Fauzi Cili Panmee

Mempunyai dua cawangan di Lembah Klang. Satu di Food Empire, MyTOWN Shopping Centre dan satu lagi terletak di dalam medan selera Food Avenue, AEON Shah Alam.

Keistimewaan kedai ini ialah mereka menyediakan pan mi yang diuli dengan tangan dan dibuat setiap hari. Tekstur mi yang licin dan kenyal dihidangkan bersama paduan resipi cili istimewa.

Terdapat enam jenis pan mi yang boleh dicuba iaitu Signature Cili Panmee, Dried Panmee, Volcano (kari) Panmee, Lor Panmee, Sambal Shrimp Panmee, dan Panmee Soup.

@makansedap.kl Muslim Cili Panmee sedap mesti cuba di My Town dan Aeon Shah Alam! 😋✅ 📍Fauzi Cili Panmee @ Food Avenue - Aeon Mall, Shah Alam. 📍Fauzi Cili Panmee @ Food Empire - MyTown Shopping Centre #aeonshahalam #mytownkl #fauzicilipanmee #halalpanmee #panmee #makanlokal #myfoodie #klfoodie #bestfoodmalaysia #makansedapkl #foodhuntingkl ♬ Food - eas Ratta

Antara keenam-enam ini, Signature Cili Panmee adalah yang paling popular dan mesti ada cuba. Tentang harga jangan risau, semuanya dijual pada harga yang berbaloi. Oh ya! Selain pan mi ada juga beberapa menu lain yang tidak kalah untuk dicuba.

3. Ah Cheng Laksa

Warga Lembah Klang tak perlu lagi diperkenalkan dengan Ah Cheng Laksa kerana lokasi selera ini mudah untuk dicari terutamanya di pusat membeli-belah.

Kedai yang berasal dari sebuah pekan kecil, Simpang Empat di Alor Star, Kedah bermula tahun 1960 ini pada asalnya menjaja asam laksa, namun kini menunya semakin bertambah sesuai dengan halatuju perniagaan terkini.

Paling penting, Ah Cheng Laksa disahkan halal daripada Jakim sejak 2013.

Jika anda berada di pejabat dan mengidamkan pan mi untuk makan tengahari, cari sahaja  Ah Cheng Laksa untuk menjamu selera. Ada banyak cawangan yang menanti, dan yang paling penting pan mi di sini juga tidak kalah enaknya. Ada pan mi sup dan pan mi kering yang boleh dijadikan pilihan.

4. Restoran OAK Kota Damansara

Restoran yang terletak di No 27G, Jalan PJU 5/20, Kota Damansara, Petaling Jaya, ini berkonsepkan sebuah restoran makanan cina halal dan menghidangkan pelbagai jenis menu yang kegemaran ramai.

Pan mi kicap merupakan hidangan paling popular di sini dan kerana itulah, anda harus mencubanya, terutamananya jika anda adalah salah seorang penggemar pan mi. Lain orang lain seleranya, jadi anda boleh nilaikan sendiri apabila sudah sampai ke sini.

Selain pan mi kicap, ada tiga lagi pilihan lain iaitu pan mi kari ayam, pan mi sup dan pan mi sup pedas. Jadi tepuk dada, tanya selera. Restoran ini dibuka pada setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam. – Getaran, 11 September 2024

Foto hiasan : Instagram @marinieats

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Oh Yeah Banana Leaf Buka Cawangan Ke-4, Tawar Pelbagai Hidangan Unik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara