web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 3 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2024 1:58PM

Tertuduh, Nur Putra Assyarafain Zuhari didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA – Seorang penyelia restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas 25 pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM81,126.86.

Bagi semua pertuduhan itu, Nur Putra Assyarafain Zuhari, 22, yang diamanahkan dengan wang hasil jualan restoran itu didakwa gagal menyerahkan wang tersebut kepada pihak syarikat.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di kaunter premis Tokmer Enterprise cawangan Jasin Bestari antara 17 Mac hingga 19 Jun lepas  mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shazwanie Marizan dan Rashidah Baharom menawarkan jaminan berjumlah RM50,000 terhadap tertuduh bagi kesemua pertuduhan.

Bagaimanapun, Nur Putra Assyarafain yang tidak diwakili peguam memohon agar jaminan dikurangkan kerana mempunyai tanggungan ibu dan bapa.

Hakim Azaraorni Abd Rahman menetapkan jaminan keseluruhan sebanyak RM42,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Ogos ini untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.– BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Oh Yeah Banana Leaf Buka Cawangan Ke-4, Tawar Pelbagai Hidangan Unik

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

Sorotan

1

Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

2

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

5

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

6

Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Semasa 4 jam yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Semasa 4 jam yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Semasa 9 jam yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi