web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2024 10:35AM

Bukit Tinggi menjadi pilihan bagi aktiviti mendaki (hiking). – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang usaha untuk menjadikan Bukit Dinding yang terletak di Wangsa Maju sebagai geotapak perlu mengambil kira faktor teknikal dan saintifik untuk menyokong cadangan tersebut.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya menyambut baik cadangan tersebut, namun perlu dipastikan bahawa kawasan itu mempunyai warisan geologi yang signifikan, bernilai saintifik serta keunikan tersendiri.

"Kementerian menyambut baik cadangan untuk menjadikan Bukit Dinding sebagai geotapak, namun ia perlu mengambil kira faktor dan aspek teknikal serta saintifik yang mendukung terhadap cadangan itu.

"Selain menjadikan geotapak, pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk melindungi warisan geologi di sesuatu kawasan itu antaranya lokasi singkapan batuan terbaik yang telah dikenal pasti direkodkan sebagai lokasi rujukan dan pembelajaran,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Bernama sebelum ini melaporkan Bukit Dinding merupakan batuan tertua di Kuala Lumpur yang terdiri daripada Syis Dinding dengan usia sekitar 479 juta tahun, melangkaui usia formasi batu kapur dan Syis Hawthornden.

Kajian yang dilakukan Prof Madya Dr Mustafa Kamal Abdul Aziz itu turut mencadangkan supaya Bukit Dinding dijadikan geotapak sebagai usaha melestari khazanah ekologi keseluruhan yang masih ada di kawasan hijau itu.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, berdasarkan peta geologi Semenanjung Malaysia yang diterbitkan Jabatan Mineral dan Geosains pada 2014, formasi Syis Dinding atau Syis Hawthornden bukan sahaja wujud di Bukit Dinding tetapi turut meliputi kawasan sekitar termasuk di Desa Tun Hussein Onn-Setiawangsa-Bukit Melawati-Ampang Jaya.

"Formasi ini terdiri daripada batuan jenis Syis kuarza-mika, syis berkarbon dan filit yang berusia Paleozoik Bawah (550-420 juta tahun). Singkapan batuan ini boleh ditemui di sekitar kawasan yang dinyatakan dan tidak hanya unik di Bukit Dinding,” katanya.

Nik Nazmi berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mewartakan kawasan Bukit Dinding sebagai hutan simpanan kekal (HSK) di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] untuk memastikan kawasan tersebut dikekalkan sebagai kawasan hijau selain berfungsi sebagai ‘green lung’ bagi kawasan sekitarnya.

"Kawasan Bukit Dinding yang diwartakan sebagai HSK kelak akan dikelaskan sebagai hutan terbuka untuk tujuan rekreasi dan lipur bagi memastikan aktiviti rekreasi yang dijalankan di kawasan tersebut pada masa ini dapat diteruskan bagi memberi manfaat kepada komuniti setempat dan orang awam,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

2

Politik 6 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Nik Nazmi Serah Surat Tuntutan Kepada Chegubard

4

Politik 9 bulan yang lalu

PKR Sedia Dengar Suara Pimpinan, Ahli Pastikan Tiada Dipinggirkan - Nik Nazmi

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

GISB Nafi Bersalah, Sedia Bekerjasama Dengan PDRM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

Semasa 5 jam yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri