web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Stor Perdana Puma Malaysia Di Sunway Pyramid Terbesar Di ASEAN

Pelancaran yang diadakan Sabtu lalu turut dimeriahkan dengan penampilan Duta PUMA Thailand Metawin ‘Win’ Opas-iamkajorn dan Tontawan ‘Tu’ Tantivejakul, bersama Duta PUMA Malaysia Meerqeen dan Priscilla Abby

Gaya Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2024 6:15PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUMA secara rasmi melancarkan stor perdana terbesarnya di Sunway Pyramid pada Sabtu lalu. Pelancaran secara besar-besaran itu memperlihatkan pencapaian hebat PUMA di rantau ini. 

Dengan keluasan 12,000 kaki persegi, stor yang menghimpunkan pelbagai koleksi barangan menarik ini menjadi stor terbesar di rantau ASEAN , sekali gus mengukuhkan komitmen jenama ini terhadap fesyen, prestasi sukan, serta komuniti di Malaysia.

Duta PUMA Thailand dan Malaysia membuat penampilan epik untuk meraikan pembukaan kedai flagship PUMA yang terbesar di ASEAN
Duta PUMA Thailand dan Malaysia membuat penampilan epik untuk meraikan pembukaan kedai flagship PUMA yang terbesar di ASEAN

Soroton utama majlis pelancaran tersebut adalah penampilan memukau Duta PUMA Thailand iaitu Metawin ‘Win’ Opas-iamkajorn dan Tontawan ‘Tu’ Tantivejakul, yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. 

Duta PUMA Malaysia, Meerqeen dan Priscilla Abby juga tidak kalah hebatnya apabila sama-sama menjadi tumpuan ramai. Malah, kedua-dua personaliti ini turut berinteraksi bersama peminat jenama PUMA. 

Selain kehadiran bintang-bintang terkenal, sambutan pembukaan tersebut yang sama hangatnya seperti jenama itu berterusan dengan persembahan bertenaga tinggi oleh penari ‘breakdance’ dan atlet, sejurus menangkap etos ‘Forever Faster’ PUMA dengan cukup sempurna.

Lautan tetamu, rakan kongsi, peminat, dan sahabat PUMA berkumpul di Sunway Pyramid untuk menyaksikan pembukaan Kedai Perdana PUMA terbesar di seluruh ASEAN!
Lautan tetamu, rakan kongsi, peminat, dan sahabat PUMA berkumpul di Sunway Pyramid untuk menyaksikan pembukaan Kedai Perdana PUMA terbesar di seluruh ASEAN!

Pembukaan rasmi stor ini menjemput pengunjung melangkah ke dalam dunia PUMA, meneroka pilihan koleksi paling ikonik jenama tersebut, daripada kolaborasi Select dan Sportstyle hingga kelengkapan terbaharu untuk latihan, larian, bola sepak, bola keranjang, golf, dan banyak lagi. 

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan keluaran eksklusif dan koleksi istimewa yang hanya terdapat di cawangan Sunway Pyramid. 

Paling menarik, terdapat juga kemudahan pengimbas kaki 3D canggih yang menggunakan kuasa kecerdasan buatan (AI)untuk menganalisis kaki pelanggan dengan teliti dan mencadangkan kasut PUMA yang sempurna daripada segi saiz dan jenis.

Menggunakan kuasa kecerdasan buatan (AI), pengimbas kaki 3D baharu yang canggih di kedai flagship PUMA menganalisis kaki pelanggan dengan teliti dan mencadangkan kasut PUMA yang sempurna daripada segi saiz dan jenis
Menggunakan kuasa kecerdasan buatan (AI), pengimbas kaki 3D baharu yang canggih di kedai flagship PUMA menganalisis kaki pelanggan dengan teliti dan mencadangkan kasut PUMA yang sempurna daripada segi saiz dan jenis

"Pembukaan stor perdana PUMA yang terbesar di ASEAN di Sunway Pyramid menekankan kepentingan yang semakin meningkat bagi pasaran ini, sewaktu Malaysia berterusan untuk menjadi pasaran utama dalam rancangan keseluruhan PUMA.

“Stor perdana kami ini mengukuhkan komitmen kami untuk membawakan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Kami yakin bahawa stor perdana baharu ini bukan sahaja akan mengangkat jenama PUMA di Malaysia, malah menyebarkan impak positif ke seluruh rantau ini," ujar Pengarah Urusan PUMA Asia Tenggara & Oseania. Sanjay Roy.

“Kedai ini lebih daripada sekadar ruang jualan. Ia adalah pusat komuniti, tempat di mana sukan, fesyen, dan budaya bersatu.

“Pembukaan sepenuhnya kedai ini secara rasmi untuk perniagaan amat mengujakan bagi kami untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih imersif kepada pelanggan dan juga ruang yang mana mereka boleh berhubung dengan PUMA serta komuniti mereka,” tambah Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan.

Sertai PUMAthon Sambil Beramal, Dan Menangi Kasut PUMA Deviate Nitro Elite 3

Pembukaan gilang-gemilang ini juga menyaksikan pelancaran PUMAthon, sebuah trek larian 3D yang terletak di dalam stor perdana PUMA di Sunway Pyramid. 

PUMAthon
PUMAthon

Bagi setiap larian 100M yang dilakukan oleh mana-mana pengunjung, PUMA akan menyumbangkan RM10 kepada Care2Run, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang bermatlamat memperkasakan belia kelainan upaya dan komuniti terpinggir melalui program sukan adaptif.

PUMA akan memulakan kempen ini dengan sumbangan awal sebanyak RM20,000 dan apabila peserta mengambil bahagian dalam inisiatif ini, jumlah wang tunai akan bertambah. 

Pelanggan yang berbelanja minimum RM499 dalam satu resit di stor perdana PUMA akan mendapat akses ke ‘Kios Personalisasi’ yang menyediakan perkhidmatan seperti tampalan unik, penekan haba, dan sulaman
Pelanggan yang berbelanja minimum RM499 dalam satu resit di stor perdana PUMA akan mendapat akses ke ‘Kios Personalisasi’ yang menyediakan perkhidmatan seperti tampalan unik, penekan haba, dan sulaman

Inisiatif ini yang mencerminkan kempen #ForeverBersama daripada PUMA yang menekankan komitmen mereka untuk memupuk pertumbuhan dan kebersamaan komuniti.

Para peserta juga boleh melihat catatan masa mereka di carta kedudukan secara langsung, di mana pelari-pelari terpantas pada penghujung kempen ini akan memenangi sepasang kasut PUMA Deviate Nitro Elite 3 serba baharu bernilai RM929, bersama barangan larian PUMA yang lain! - Getaran, 10 September 2024

Foto : PUMA Malaysia

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Haruman Memikat Dari London, Ormonde Jayne Perkenal Siri Montabaco 2024

2

Gaya 3 minggu yang lalu

Jenama Pilihan Selebriti Hollywood Dan Korea Selatan, VIVAIA Kini Di The Exchange TRX 

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Skechers Melangkah Bergaya Di KLFW24 Dengan Koleksi ‘The UNO Fall/Winter 2024’ 

4

Gaya 2 bulan yang lalu

KLFW Kembali Untuk Tahun Ke-12, Kali Ini Di KLCC 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara