web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Jenama Pilihan Selebriti Hollywood Dan Korea Selatan, VIVAIA Kini Di The Exchange TRX 

Menggabungkan keselesaan, rekaan dan kelestarian, ikon-ikon seperti Julia Roberts, Selena Gomez, Alexa Chung dan Park Min-young masing-masing menerima gaya VIVAIA

Gaya Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2024 10:35AM

Stor VIVAIA pertama di Malaysia dibuka di The Exchange TRX

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama kasut global VIVAIA, yang terkenal dengan gabungan kelestarian serta gaya kasut yang berinovatif kini telah tiba di Malaysia dengan menjadikan The Exchange, TRX Kuala Lumpur sebagai ‘rumah pertamanya’ di sini. 

Jika anda salah seorang yang memiliki kasut jenama ini, kehadirannya ke Malaysia pasti menggembirakan kerana anda tidak perlu pergi jauh lagi untuk mendapatkan sepasang kasut idaman. 

Bagi yang belum pernah menggayakan VIVAIA, pasti anda tertanya-tanya mengapa kasut ini menjadi idaman ramai. Temui jawapan yang bermain di dalam minda dengan teruskan membaca artikel ini.

Seperti yang dinyatakan di atas, gabungan unik keselesaan, kelestarian, dan rekaan berinovatif VIVAIA bukan sahaja berjaya memikat hati pengguna global, tetapi turut dikagumi selebriti Holywood dan Korea Selatan. 

Ikon-ikon seperti Julia Roberts, Selena Gomez, Alexa Chung, dan Park Min-young masing-masing telah menerima gaya VIVAIA, mengukuhkan reputasi jenama itu sebagai pilihan golongan elit yang mengutamakan fesyen. 

Kasut VIVAIA direka dengan perhatian yang teliti terhadap perincian, menampilkan pelapik yang sentiasa diperkemaskan berdasarkan kepada maklum balas pelanggan bagi memberikan keselesaan yang luar biasa. 

Rekaan bahagian atas kasut yang elastik memastikan pemakaian yang benar-benar sesuai, memberikan pengalaman yang serba mewah kepada si pemakai.   

Scha Al Yahya antara selebriti yang menggemari jenama VIVAIA
Scha Al Yahya antara selebriti yang menggemari jenama VIVAIA

Selain keselesaan, komitmen VIVAIA terhadap kelestarian turut bersinar menerusi kerjasamanya dengan pembekal Repreve® yang diperakui. 

Kerjasama ini mengubah botol plastik PET terbuang menjadi benang premium, yang kemudiannya ditenun menjadi kasut dengan menggunakan teknologi tenunan 3D termaju. Hasilnya ialah kasut tahan lasak dan mesra alam yang menggabungkan gaya dan bahan. 

Memiliki pasukan yang sentiasa peka dengan trend terkini, VIVAIA menawarkan lebih daripada 200 pilihan bergaya dan mampan, di mana setiap pasang kasut mewakili komitmen jenama itu terhadap usaha menghasilkan fesyen yang bertanggungjawab dan bergaya.

“Sejak ditubuhkan pada 2020, VIVAIA sentiasa komited untuk menghasilkan kasut yang menggabungkan keselesaan, rekaan, dan kelestarian. Kami teruja untuk menyumbang kepada pasaran tempatan dan membina hubungan yang berpanjangan dalam komuniti yang dinamik ini.

“Hari ini, kami bangga merealisasikan visi tersebut di Kuala Lumpur, sebuah bandar yang menggambarkan kreativiti dan inovasi dengan sempurna,” ulas Pengerusi VIVAIA, John Liuketika majlis pelancaran pada Khamis lalu.

Pelakon terkenal Scha Al-Yahya turut membuat penampilan istimewa pada acara perasmian itu. Scha dilihat tampil elegan menggayakan rekaan ‘Margot Mary Jane’. 

Rekaan signature yang digemari ramai ini melambangkan sofistikasi versatil dengan gayanya yang anggun dan tali boleh laras VIVAIA yang telah dipatenkan untuk keselesaan si pemakai. 

Diperbuat daripada benang plastik kitar semula, Margot Mary Jane menawarkan sokongan pada lengkok kaki dengan pelapik berasaskan tumbuhan dan tapak getah tahan gelincir, menjadikan ia sebagai satu gabungan sempurna antara gaya dan praktikaliti. Malah, boleh dicuci menggunakan mesin basuh dan sangat tahan lasak.

Stor Pertama VIVAIA Malaysia Di The Exchange TRX 

Bercerita tentang stor pertama VIVAIA, setiap aspek reka bentuk gedung berkenaan telah disusun dengan teliti bagi mencerminkan nilai teras VIVAIA iaitu praktikal, estetik, dan kelestarian. 

Garisan yang kemas dan memanjang menambahkan ruang, manakala tekstur semula jadi dan bahan mesra alam mewujudkan suasana yang menenangkan dan selesa, mencerminkan komitmen VIVAIA terhadap usaha melindungi alam sekitar. 

Ciri reka bentuk gedung itu, seperti paparan tingkap yang mempamerkan transformasi bahan kitar semula menjadi kasut, menekankan komitmen VIVAIA terhadap kelestarian. 

Kotak cahaya kaca bersaiz besar yang diinspirasikan oleh estetika semula jadi menerangi ruang utama, mengukuhkan falsafah jenama itu yang menggabungkan gaya dengan rasa hormat yang amat mendalam terhadap alam semula jadi. 

Pendekatan reka bentuk yang introspektif ini memastikan bahawa gedung pertama VIVAIA di Malaysia bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik tetapi turut mencerminkan gaya hidup yang serba moden dan prihatin.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi pembukaan besar VIVAIA, sila layari https://www.vivaia.com, atau ikuti laman media sosial VIVAIA di Instagram @vivaia.malaysia, dan Facebook VIVAIA.

Lebih memuaskan hati, panjangkan langkah ke The Exchange TRX untuk melihat sendiri rekaan kasut ini secara dekat dan cuba sendiri di kaki! - Getaran, 24 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Stor Perdana Puma Malaysia Di Sunway Pyramid Terbesar Di ASEAN

2

Gaya 1 minggu yang lalu

Haruman Memikat Dari London, Ormonde Jayne Perkenal Siri Montabaco 2024

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Skechers Melangkah Bergaya Di KLFW24 Dengan Koleksi ‘The UNO Fall/Winter 2024’ 

4

Gaya 1 bulan yang lalu

KLFW Kembali Untuk Tahun Ke-12, Kali Ini Di KLCC 

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

‘Jalan-Jalan Muslim-Friendly NZ’ Untuk Pengembara Muslim Berseronok Di New Zealand

oleh Rahayu MN

Refleksi 20 jam yang lalu

9 Amalan Mudah Untuk Kehidupan Lebih Sejahtera

Anda hanya perlu membuat sedikit perubahan kepada tabiat dan rutin harian demi kehidupan yang lebih seimbang dan memuaskan.

oleh Rahayu MN