web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Skechers Melangkah Bergaya Di KLFW24 Dengan Koleksi ‘The UNO Fall/Winter 2024’ 

Pertunjukan fesyen visual yang berani dan dinamik itu memikat lebih 500 tetamu dan memperkukuh inovasi dan evolusi jenama yang terkenal dengan rekaan kasut selesa kepada status ikon fesyen

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2024 3:11PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 (KLFW24) telah pun melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pada acara itu, pengemar fesyen dapat menyaksikan banyak penglibatan ‘orang baru’ yang berjaya mencuri tumpuan ramai. 

Salah satunya ialah penyertaan julung-julung kalinya daripada jenama fesyen yang terkenal dengan rekaan kasut selesa dan bergaya, Skechers. 

Untuk penampilan pertama ini, Skechers mempersembahkan koleksi ‘The UNO Fall/Winter 2024’ yang dinanti-nantikan.

Pementasan itu adalah hasil kolaborasi dengan dua pereka muda berbakat iaitu Xues dan NKhan, dengan penggayaan unik Skechers Icon City Tee mereka.

Kerjasama ini membuktikan sokongan Skechers yang tidak berbelah bagi untuk pereka fesyen tempatan yang kreatif dan berbakat. 

Seramai 16 model melangkah bergaya mempamerkan pelbagai pilihan penggayaan untuk kasut dan pakaian Skechers. Daripada gaya serba moden, chic dan aktif, sehinggalah kepada gaya avant-garde yang menjadikan pentas peragaan hidup dan berwarna-warni.

Selain dapat menyaksikan penampilan koleksi Skechers The UNO, tetamu turut diberi peluang melihat koleksi musim luruh dan sejuk barisan kasut Skechers popular yang lain. 

Ini termasuklah Skechers D'Lites, Skechers Classic Court dan Skechers Viper Court. Tidak ketinggalan, koleksi pakaian musim sejuk 2024.

“Kami sangat teruja dengan membuat penampilan sulung kami di KLFW24 kerana platform ini dianggap berprestij dan ia meraikan kreativiti dan inovasi.

"Koleksi UNO yang dipamerkan mewakili gabungan unik rekaan berani dan teknologi canggih kami, memberikan bukan sahaja trend fesyen terkini tetapi juga keselesaan dan kualiti yang tiada tandingan untuk pelanggan kami. Pementasan hari ini menepati DNA Skechers kami,” ujar Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zann Lee.

Pementasan Skechers tempoh hari direalisasikan oleh jurugaya dan pengarah kreatif terkenal Malaysia, Min Luna. Pementasan dibuka dengan persembahan bertenaga daripadaoleh tiga personaliti muzik iaitu Ili Ruzana (@helloitsili), penyanyi/penulis lagu, Alex Ungku (@alexungku) dan DJ serta penerbit muzik, Azfar Jamili (@afaro_).

Ia dihadiri lebih 500 tetamu, yang terdiri daripada pihak media, personaliti fesyen, pempengaruh media sosial, VIP Skechers, dan juga rakan kongsi.

Koleksi Skechers The UNO baharu akan tersedia mulai 1 September 2024 di kedai konsep Skechers di seluruh Malaysia. 

Pembelian juga boleh dilakukan secara dalam talian di https://www.skechers.com.my - Getaran, 7 Ogos 2024

Foto : Skechers

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Stor Perdana Puma Malaysia Di Sunway Pyramid Terbesar Di ASEAN

2

Gaya 1 minggu yang lalu

Haruman Memikat Dari London, Ormonde Jayne Perkenal Siri Montabaco 2024

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Jenama Pilihan Selebriti Hollywood Dan Korea Selatan, VIVAIA Kini Di The Exchange TRX 

4

Gaya 2 bulan yang lalu

KLFW Kembali Untuk Tahun Ke-12, Kali Ini Di KLCC 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara