web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Haruman Memikat Dari London, Ormonde Jayne Perkenal Siri Montabaco 2024

Wangian sensual daripada sebatian daun tembakau ini cukup eksklusif dan merupakan wangian terlaris di bawah jenama ini

Gaya Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2024 7:20PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pencinta haruman atau wangian mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi dengan jenama Ormonde Jayne. Jenama yang diasaskan oleh Linda Pilkington pada tahun 2000 dan berpengkalan di London ini adalah jenama haruman eksklusif yang dihasilkan dengan teliti oleh Linda sendiri.  

Pada tahun 2021, Ormonde Jayne ingin menghargai serta meraikan kejayaan besar Montabaco Eau de Parfum, wangian terlaris luar biasa yang berjaya menawan hati penggemar bauan lembut, sensual serta sebatian daun tembakau, kulit dan ambar yang mengasyikkan. 

Bagi memperingati pencapaian ini, Ormonde Jayne mencipta wangian eksklusif yang menggabungkan Montabaco, yang mana setiap satunya dihasilkan secara unik untuk gedung paling berprestij di London, dengan menawarkan pengalaman Montabaco edisi terhad. 

Setiap edisi terhad pada mulanya hanya dilancarkan secara eksklusif di London. Bagaimanapun, susulan kejayaan mengagumkan pada 2022 dan 2023, Siri Montabaco kini bersedia memasuki pasaran global dengan mempersembahkan siri Montabaco 2024. 

Sama dengan siri terdahulu, siri terbaru ini juga sangat terhad dan anda perlu cepat-cepat dapatkannya jika hati telah terpaut.  Berikut adalah pilihan yang tersedia : 

1. Montabaco Cuba 2024

Montabaco Cuba dikenali dengan inovasi bertenaga dan tarikan antarabangsa. Ia memberikan rasa yang biasa seperti bersama keluarga dengan pelbagai perkongsian cerita atau rakan yang amat dikenali dan dikasihi. 

Dengan mengangkat tanggapan ini, Montabaco Cuba pastinya tidak akan mengecewakan. Ia menangkap intipati Amerika Latin dengan sentuhan bau gourmand. 

Menggabungkan nota bergamot, magnolia dan melur, lalu dilapisi kayu cendana dan pati vanila, meletakkan Cuba sebagai bauan menyerlah yang sama sekali tidak boleh dilupakan.   

2. Montabaco Flor 2024

Haruman ini adalah sejambak kemewahan freesia, melur, teratai, bunga oren dan ylang, satu gabungan menakjubkan yang semestinya paling menyerlah. Sesuai untuk sebarang acara, ia mewujudkan suasana penuh yakin dan daya tarikan yang tinggi, malah sempurna untuk 'date night' dengan suami. 

3. Montabaco Rio 2024

Montabaco Rio melangkah ke tahap baharu. Dengan tambahan buah-buahan liar, nanas dan mangga manis, campuran ini persis gaya hidup penuh bertenaga, ibarat karnival haruman yang menakjubkan, menggembirakan, meledak dan mempesonakan. 

Montabaco Rio tidak berselindung, berterus-terang terhadap gaya. Kuartet moss, ambar, vanila dan sued hampir membuatkannya sebagai penghubung berbahaya, namun membolehkan Rio mencapai matlamatnya dengan penuh kehalusan.   

Setiap satu haruman ini hanya boleh didapati secara eksklusif di TROVE Malaysia. Anda boleh layari www.trovemy.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Getaran, 4 September 2024

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Stor Perdana Puma Malaysia Di Sunway Pyramid Terbesar Di ASEAN

2

Gaya 3 minggu yang lalu

Jenama Pilihan Selebriti Hollywood Dan Korea Selatan, VIVAIA Kini Di The Exchange TRX 

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Skechers Melangkah Bergaya Di KLFW24 Dengan Koleksi ‘The UNO Fall/Winter 2024’ 

4

Gaya 2 bulan yang lalu

KLFW Kembali Untuk Tahun Ke-12, Kali Ini Di KLCC 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara