web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


9 Amalan Mudah Untuk Kehidupan Lebih Sejahtera

Anda hanya perlu membuat sedikit perubahan kepada tabiat dan rutin harian demi kehidupan yang lebih seimbang dan memuaskan.

Refleksi Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2024 8:41AM

Gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023, lebih daripada sejuta orang di Malaysia berumur 16 tahun ke atas (bersamaan 4.6 peratus daripada populasi negara) mengalami kemurungan, angka yang telah meningkat dua kali ganda sejak 2019 hingga 2023.

Trend yang semakin meningkat ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan sahaja menghadapi risiko kesihatan mental tetapi juga lebih terdedah kepada isu kesihatan fizikal yang berkaitan, seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan banyak lagi.

Mengamalkan gaya hidup yang sihat bukanlah sesuatu yang susah. Anda hanya perlu membuat sedikit perubahan kepada tabiat dan rutin harian demi kehidupan yang lebih seimbang dan memuaskan.

Sama ada anda ingin menambah baik kecekapan minda atau kesihatan badan, meningkatkan mood atau ingin menjadi lebih produktif, cubalah sembilan amalan di bawah untuk mengalu-alukan hari esok yang lebih positif!

1. Tenangkan pagi yang sibuk

Memulakan pagi dengan baik mampu menentukan mood sepanjang hari. Jangan tergesa-gesa, mulakanlah hari anda dengan rutin yang menenangkan.

Anda boleh bangun 15 minit lebih awal untuk menikmati secawan teh sambil menikmati kesunyian pagi, bermeditasi atau melakukan senaman regangan sambil mendengar muzik kegemaran.

Perubahan kecil ini boleh mendatangkan perbezaan yang ketara dalam kehidupan seharian dengan meningkatkan mood, produktiviti dan tenaga untuk menangani apa sahaja situasi yang dihadapi.

2. Sematkan kata-kata positif

Suara dalaman memainkan peranan yang besar dalam membentuk realiti anda. Kata-kata negatif yang sering bermain di fikiran sebelum ini perlu digantikan dengan kata-kata positif.

Apabila anda berada dalam situasi yang mencabar, pastikan anda berhenti seketika untuk menilai dan mengesahkan realiti situasi tersebut.

Memang mudah untuk merasakan diri sebagai mangsa keadaan, tetapi apabila anda mendidik minda untuk sentiasa mendekati isu semasa dengan sikap positif, anda mampu mengatasi apa sahaja situasi yang tidak menyenangkan.

Percayalah perubahan kecil ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan menjalani kehidupan dengan persepsi yang lebih positif.

3. Hadkan masa melayari platform media sosial

Apabila anda mula ‘doomscrolling’ atau menonton reels di TikTok dan Instagram, cubalah cabar diri sendiri untuk mengetepikan peranti pintar, sebaliknya meluangkan masa untuk melakukan aktiviti tanpa peranti.

Peruntukkan waktu dalam sehari untuk meluangkan masa bersama orang tersayang ataupun menikmati hobi yang anda gemari. Sama ada membaca, melukis, atau sekadar berbual sambil menjamu selera, saat-saat tanpa peranti pintar pasti memperkayakan kehidupan anda dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

4. Pilih makanan yang berkhasiat

You are what you eat’. Jadi, berhati-hati dengan pemilihan makanan anda. Apa yang kita makan akan mempengaruhi kesihatan kita secara langsung. Daripada menikmati snek yang tinggi gula dan sodium, cuba pilih makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan atau kekacang.

Makanan yang lebih semulajadi bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga lebih mengenyangkan. Antara pilihan sihat ialah yogurt dan mentega kacang kerana kedua-duanya padat dengan nutrien dan protein.

Makanan yang lebih berkhasiat bukan sahaja memanfaatkan kesihatan fizikal dan melancarkan sistem pencernaan, tetapi juga akan membuat anda berasa lebih bertenaga sepanjang hari.

5. Jangan merungut dan mula tulis jurnal

Apabila segala yang dirancang tidak menjadi, memang mudah untuk fokus pada yang negatif. Setiap kali anda rasa tertekan dengan emosi negatif dan mendapati diri dalam pemikiran sinis, cuba ambil pendekatan ini.

Sediakan jurnal kesyukuran supaya anda boleh menulis senarai perkara-perkara yang anda syukuri pada setiap hari. Sama ada peluang untuk menikmati makanan kegemaran, meluangkan masa bersama rakan terdekat, atau peluang untuk tidur lena.

Amalan mudah ini dapat membantu mengalihkan fokus anda kepada nikmat hidup yang menggembirakan sambil memupuk sikap bersyukur.

6. Kurangkan multitasking

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, multitasking dianggap sebagai satu keperluan untuk mengekalkan produktiviti, tetapi ia sebenarnya boleh meningkatkan lagi tahap tekanan kita.

Untuk mengurangkan tabiat ini, menangani beberapa tugas secara serentak, cubalah memberi tumpuan anda pada tugas harian mengikut keutamaan.

Dengan fokus yang tertumpu pada setiap tugasan, anda bukan sahaja boleh menyiapkannya tanpa gangguan tetapi juga dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan perasaan tertekan.

7. Utamakan tidur yang cukup

Bekerja hingga larut malam bukanlah satu tabiat yang sihat. Apabila letih, anda lebih cenderung melakukan kesilapan atau menghasilkan kerja yang kurang baik.

Oleh itu, amalkan tabiat tidur awal dan selesaikan tugasan pada keesokan hari setelah mendapat rehat yang cukup. Rutin tidur yang sihat juga penting untuk meningkatkan kualiti tidur anda.

Ketepikan peranti dan mainkan muzik yang menenangkan atau bermeditasi sebelum tidur. Mengutamakan waktu tidur yang cukup adalah salah satu cara paling mudah dan berkesan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri.

8. Fikir sebelum bertindak

Bertindak secara impulsif boleh menyebabkan keputusan tergesa-gesa yang membawa kepada tekanan, konflik dan kerosakan yang mungkin berkekalan.

Apabila anda mendapati diri anda berada dalam keadaan yang tertekan, tarik nafas panjang untuk mengelakkan diri daripada melakukan tindakan impulsif.

Dalam keadaan sensitif, pastikan anda menilai situasi terlebih dahulu dan ambil masa yang diperlukan untuk bertindak. Sikap berhati-hati membolehkan anda berinteraksi dengan lebih baik dan berasa lebih tenang.

9. Berbelanja dengan lebih bijak

Membeli-belah boleh menjadi salah satu cara untuk memberi ganjaran untuk diri sendiri. Namun, jangan terlalu mengikut nafsu sehingga mendatangkan masalah kewangan. Salah satu cara untuk melakukan penjimatan wang ketika berbelanja ialah dengan membeli-belah di platform jualan dalam talian.

Ini kerana penyedia platform seperti Lazada seringkali menawarkan pelbagai jualan dan promosi yang menjanjikan nilai terbaik seperti yang mereka bawakan baru-baru ini, Jualan Jenama Hebat 9.9 Lazada!  – Getaran, 13 September, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemurungan: Elak Luahkan Di Media Sosial, Kongsi Bersama Orang Terdekat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Simptom Depresi Lelaki, Wanita Berbeza, Pesakit Diminta Segera Jumpa Doktor Pakar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Suspek Tetak Mati Bayi Alami Kemurungan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Anggap Pelajar Alami Kemurungan ‘Gila’, Kurang Iman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara