web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kemurungan: Elak Luahkan Di Media Sosial, Kongsi Bersama Orang Terdekat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Aug 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna media sosial dinasihat meluahkan perasaan mereka kepada orang yang boleh dipercayai terlebih dahulu, sebelum bertindak mencurahkan masalah mereka di alam maya.

Pakar Psikologi, Profesor Datin Dr Mariani Md Nor berkata, mereka perlu mengelak daripada berkongsi perkara yang boleh mendatangkan cemuhan dan kritikan di media sosial, kerana dikhuatiri membawa kepada stres yang tidak berkesudahan.

Profesor Datin Dr Mariani Md Nor
Profesor Datin Dr Mariani Md Nor

Menurutnya, stres yang tidak berkesudahan dan masalah fizikal lain boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan.

“Dalam media sosial, kita kena fikir apa akibatnya apabila kita muat naik semua cerita yang kita hendak luahkan. Seeloknya luahkan perasaan kepada orang yang boleh dipercayai.

“Di media sosial ini bukan seorang dua baca, tetapi boleh dilayari sesiapa sahaja yang memiliki akaun. Jadi mereka akan berhadapan dengan puluhan, ratusan malah ribuan (perhatian).

“Mana yang suka memberi jawapan, mungkin terdorong menjawab sesuatu tidak sesuai daripada apa yang dikehendaki.

“Jadi, elakkan paparkan di media sosial. Selesaikan sendiri dengan keluarga. Isteri dengan suami, dengan mak dan ayah, serta adik-beradik yang lain,” katanya kepada Getaran.

Beliau diminta mengulas laporan bahawa 2.3 peratus individu dewasa mengalami kemurungan manakala 7.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun mengalami masalah mental, berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019.

Mariani menambah, sokongan moral, emosi serta sosial daripada orang sekeliling memainkan peranan yang amat penting, dan bakal menemui jalan buntu  jika ia tidak diperoleh.

Beliau memberitahu, kebuntuan tersebut boleh mengakibatkan individu berkenaan berbicara serta berdialog dengan diri sendiri.

“Selalunya kalau kita dalam kesunyian, kesedihan dan sebagainya, kita akan berfikir secara sendiri. Peristiwa lampau boleh mempengaruhi pemikiran seseorang itu.

“Dalam berfikir insiden masa lampau, itu sebenarnya bukan mengurangkan (masalah).

“Kalau peristiwa itu negatif, ia menambahkan lagi kesesakan dalam minda, jadi ia masih lagi tidak berkesudahan,” katanya.

Ujarnya, kemurungan merupakan sejenis penyakit yang boleh dihidapi oleh semua tanpa mengira umur, bangsa dan status.

“Sama ada orang marhaen, orang bangsawan, orang ‘kayangan’ sekali pun, kemurungan tetap dihadapi jika apa yang saya sebut tadi berlaku kepada diri mereka,” katanya lagi.

Jelas Mariani, kemurungan pada peringkat kemuncak berkemungkinan membawa kepada perbuatan mencederakan diri sendiri atau orang lain.

Ditanya langkah wajar dilakukan bagi mengatasi perkara tersebut, beliau memberitahu, pelbagai kempen kesedaran berhubung kemurungan di media secara tidak langsung dapat membantu.

“Kemurungan boleh dielakkan dengan kumpulan sokongan (supportive team). Kalau tiada sokongan itu agak payah sebab kita bersendirian,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikologi dan Kaunseling, Dr Fauziah Mohd Saad berkata, pelbagai faktor boleh membawa kepada kemurungan dalam kalangan kanak-kanak, antaranya persekitaran.

Dr Fauziah Mohd Saad
Dr Fauziah Mohd Saad

Selain itu, tambah beliau, kanak-kanak terbabit juga mungkin tidak mendapat sokongan dan kasih sayang secukupnya daripada keluarga mereka.

Beliau menarik perhatian, kesihatan mental dapat diwarisi secara genetik menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kimia dalam otak.

“Mereka yang murung ini mungkin tidak dapat sokongan daripada ibu bapa, guru dan komuniti. Dia tidak boleh bercerita perasaannya. Ibu bapa pula (selalu) sibuk.

“Ada juga keadaan masalah kesihatan mental itu berlaku atas faktor genetik, melibatkan keturunan ibu atau bapa,” katanya.

Fauziah turut menyeru semua pihak terutama ibu bapa untuk memberi tumpuan kepada anak-anak dengan menghabiskan masa sebaik-baiknya dengan mereka.

“Berilah perhatian dan kasih sayang secukupnya, khususnya jika mereka sedang membesar.

“Peribadi mereka akan dibentuk oleh jumlah kasih sayang serta perhatian yang diterima.

“Awasi ciri-ciri yang memerlukan rawatan awal, agar kondisi yang dialami dapat ditangani dengan baik,” katanya. - Getaran, 30 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 hari yang lalu

9 Amalan Mudah Untuk Kehidupan Lebih Sejahtera

2

Gaya 9 bulan yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

4

Semasa 10 bulan yang lalu

KKM Bakal Wujudkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak, Remaja - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 6 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 6 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang