web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2024 9:35AM

Nik Nazmi (dua, kanan) bersama Jeff B K Lee (dua, kiri) bersama tiga Rekod Malaysia yang diterima - Gambar Sophia Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu atau mana-mana pihak yang mahu membuka taman haiwan perlu melalui tapisan ketat bagi memastikan operasinya mengikut peraturan ditetapkan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebarang proses pemindahan haiwan dari habitat asal, dalam atau luar negara perlu mematuhi syarat yang amat ketat.

Menurut beliau, pelbagai perkara harus diberi penekanan bagi memastikan kebajikan semua haiwan terbabit berada dalam keadaan terbaik.

“Kalau ada pihak yang nak buat taman haiwan, syarat dia amat ketat. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) perlu membawa ia kepada saya (menteri) untuk kelulusan.

“Kena pastikan juga semua aspek seperti kurungan, kesihatan haiwan dalam keadaan terbaik,” katanya kepada Getaran ketika ditemui selepas melawat 99 Wonderland Park di sini malam tadi.

Nik Nazmi menyatakan demikian ketika ditanya mengenai peranan NRES dalam membantu mana-mana pihak sekiranya mereka berminat untuk membuka taman haiwan sebagai antara produk pelancongan.

Nik Nazmi sempat bergambar bersama antara haiwan yang terdapat di 99 Wonderland Park - Gambar Sophia Ahmad
Nik Nazmi sempat bergambar bersama antara haiwan yang terdapat di 99 Wonderland Park - Gambar Sophia Ahmad

Mengulas lanjut beliau berkata, banyak pihak menyangka operasi taman tema haiwan adalah perkara mudah tapi hakikatnya, ia memerlukan perhatian rapi dalam segenap segi.

“Banyak orang ingat nak buat (taman haiwan) mudah,  tapi bila sentuh aspek kebajikan haiwan, ia tak semudah disangka.

“Tak kira siapapun, kalau mereka nak buat (taman haiwan), kita akan siasat dulu pastikan ia dapat dibuat sebaik mungkin. This is not a normal business macam projek perumahan,” tegasnya.

Jelas Nik Nazmi, penguatkuasaan peraturan yang ketat adalah perlu untuk memastikan operasi premis seumpama itu kelak benar-benar menetapi kehendak digariskan kerajaan.

“Bukan tak boleh (buka taman haiwan), boleh tapi syarat sangat ketat. Kena bincang dengan PERHILITAN, NRES untuk lihat bagaimana perkara ini betul-betul lestari, mesra sebab kita tak mahu ada tekanan kepada haiwan apabila berada di taman-taman tema seperti ini,” katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyampaian tiga Buku Rekod Malaysia (MBR) kepada pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99, Datuk Seri B K Lee.

Kesemua MBR diterima ialah bagi mengiktiraf kejayaan 99 Wonderland Park dalam tiga perkara iaitu First Tapir Jacuzzi, First Caracal In Captivity dan First African Chivet In Captivity.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah penyerahan sumbangan kepada beberapa rumah anak yatim dan pertubuhan kebajikan oleh Kumpulan JL99. - Getaran, 19 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

2

Politik 6 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Nik Nazmi Serah Surat Tuntutan Kepada Chegubard

4

Politik 9 bulan yang lalu

PKR Sedia Dengar Suara Pimpinan, Ahli Pastikan Tiada Dipinggirkan - Nik Nazmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting