web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

Politik Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2024 8:08AM

Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memenangi PRK Nenggiri dengan majoriti 3,352 undi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG – Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berikrar untuk menjadi wakil rakyat kepada semua penduduk di kawasan itu tanpa mengira kaum dan perbezaan politik.

Lebih mesra dengan panggilan 'Awie,' beliau berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai wakil kepada semua penduduk di DUN berkenaan.

"Syukur kepada Allah atas kemenangan ini, terima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ayahanda Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK DUN Nenggiri), seluruh jentera dan pengundi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil rakyat di DUN ini.

"Bermula saat ini, saya akan mewakili rakyat di DUN Nenggiri, saya berikrar menjadi wakil rakyat kepada semua tanpa mengira warna dan politik sebab sudah habis hari mengundi dan saya kira tanggungjawab ini kena galas kerana saya merupakan wakil kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas diumum memenangi PRK itu dengan majoriti 3,352 undi di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang di sini malam tadi.

Mohd Azmawi Fikri memperoleh 9,091 undi dan menewaskan pencabarnya, calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional yang meraih 5,739 undi.

Mengulas lanjut, Awie berkata beliau tidak menyangka beroleh kemenangan dengan majoriti yang besar kerana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas, BN tewas dengan majoriti 810 undi.

"Di luar jangkaan saya... daripada awal, kita sudah maklum kita kalah 810 undi pada PRN lepas dan ini satu perkara yang tidak saya duga sama sekali.

"Esok (Ahad), saya akan turun padang bertemu pengundi di Sungai Asap dan seterusnya ke tempat-tempat lain," katanya.

Mohd Azmawi Fikri juga akan terus menggunakan gelaran '#BudakAwie' yang diberikan kepadanya oleh pihak lawan kerana ia menjadikan beliau popular dalam kalangan penduduk.

"Terima kasih kepada pihak yang memberikan gelaran '#BudakAwie'... mungkin saya menang pada hari ini kerana gelaran itu... semestinya jenama '#BudakAwie' akan kekal," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 3 minggu yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

3

Politik 3 minggu yang lalu

Pengundi DUN Nenggiri Pilih Wakil Rakyat Baharu Hari Ini

4

Politik 3 minggu yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

Semasa 16 jam yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 6 jam yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

Semasa 6 jam yang lalu

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok