web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2024 3:58PM

Penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM –Penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman atau dikenali sebagai Yasin dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah. 

Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan melepas dan membebaskan Yasin, 48, oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November 2023. 

Pelantun Mimpi Laila itu dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan untuk kesalahan memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram. 

Bagi kesalahan menanam 17 pokok kanabis dalam pasu plastik, Yasin dihukum penjara seumur hidup dan enam sebatan manakala untuk kes memberi dirinya dadah berbahaya, dia dihukum penjara 10 bulan. Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 Mac 2022.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Faiz Dziyauddin pada 29 November 2023 melepas dan membebaskan Yasin daripada tiga pertuduhan dadah dan memerintahkan lelaki itu ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan oleh Sultan Selangor.

Norsharidah dalam penghakimannya berkata, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya didapati terkhilaf dalam membuat keputusan itu.

Beliau berkata, persoalan yang timbul adalah sama ada Mahkamah Sesyen boleh membuat dapatan dengan hanya bergantung kepada keterangan saksi pembelaan Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta Dr Ian Lloyd Anthony yang dikemukakan pihak pembelaan. 

"Dalam kes ini, responden memilih untuk tidak mengemukakan keterangan terhadap dirinya yang tidak sempurna akal di bawah 'legal insanity' (tidak sempurna akal menurut undang- undang). 

"Justeru, beban untuk membuktikan responden tidak sempurna akal masih terletak pada pembelaan bagi mengemukakan keterangan pakar dan keadaan responden semasa kejadian," katanya. 

Norsharidah berkata, keterangan Dr lan mengesahkan bahawa responden tidak sempurna akal dari sudut perubatan semasa tangkapan namun merujuk kepada saksi-saksi pendakwaan, menunjukkan bahawa Yasin memang dengan sengaja melakukan perbuatan-perbuatan jenayah yang dituduh ke atasnya. 

Beliau berkata mahkamah tidak terikat dengan dapatan saksi pakar kerana peranan saksi pakar hanyalah untuk membantu mahkamah membuat keputusan.

Katanya, keterangan Dr Ian dan laporan psikiatri semata-mata tidak mencukupi untuk menyokong pembelaan responden sebagai tidak sempurna akal di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan. 

Norsharidah berkata, saksi pendakwaan ketujuh pakar bioteknologi tumbuhan Prof Dr S. Sreeramanan memaklumkan responden mempunyai pengetahuan berhubung penanaman ganja. 

"Penanaman ganja yang dilakukan responden mengambil masa untuk pokok itu tumbuh membesar menunjukkan responden tidak berada dalam keadaan tidak waras. 

"Oleh itu, rayuan oleh perayu (pendakwaan) dibenarkan bagi keputusan di Mahkamah Sesyen dan tertuduh disabitkan bersalah seperti mana pertuduhan pindaan dihadapinya," katanya. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, manakala peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin. 

Penyanyi itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol- 9-carboxylic acid' di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada 11.05 malam, 24 Mac 2022.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. 

Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu di kediamannya di Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, tarikh yang sama. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, serta Seksyen 6B(1) (a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan. 

Ariff Azami ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memaklumkan akan memasukkan notis rayuan berhubung keputusan hakim Mahkamah Tinggi itu esok. 

"Keputusan hari ini, kita akur dan hormat dan Mahkamah Tinggi ada hak untuk mengesahkan atau menukar apa-apa keputusan Hakim Mahkamah Sesyen. Kita ada satu lagi lapisan iaitu di Mahkamah Rayuan dan kita akan lawan di peringkat tersebut," katanya.

Beliau turut berharap rawatan dan perubatan yang telah dijalani anak guamnya sebelum ini dapat diteruskan di Penjara Kajang. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

2

Semasa 3 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

4

Semasa 5 bulan yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

Semasa 1 hari yang lalu

MA63: Anwar Dijangka Buat Pengumuman Penting Pada Hari Malaysia

oleh Jason Santos