web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2024 8:14AM

Gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Pergaduhan melibatkan tiga lelaki dengan 20 lelaki lain berhampiran jalan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan menjawab kes penemuan pergelangan tangan manusia di lokasi kemalangan kenderaan di lokasi terbabit semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan pergaduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap tiga lelaki berusia 26 hingga 30 tahun itu pada 11.03 pagi.

"Siasatan mendapati mangsa pertama mengalami kecederaan hampir putus pergelangan tangan kiri, mangsa kedua putus pergelangan tangan kiri manakala mangsa ketiga putus urat di tapak tangan kiri.

"Mereka (mangsa) dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pergelangan tangan itu dijumpai berhampiran lokasi sebuah kereta terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan Hospital Bahagia Ulu Kinta dekat Tanjung Rambutan pagi semalam.  – Gambar JBPM Perak
Pergelangan tangan itu dijumpai berhampiran lokasi sebuah kereta terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan Hospital Bahagia Ulu Kinta dekat Tanjung Rambutan pagi semalam. – Gambar JBPM Perak

Beliau berkata berdasarkan keterangan yang direkodkan, ketiga-tiga lelaki itu menyatakan diserang oleh kira-kira 20 lelaki yang memakai topeng dengan bersenjatakan kayu dan parang.

Menurut Abang Zainal Abidin pergaduhan itu dipercayai akibat perebutan kawasan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Susulan itu, polis telah menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 37 tahun disyaki suspek kes berkenaan bagi membantu siasatan. Kesemuanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini esok (24 Jun) untuk permohonan reman," katanya sambil menambah polis sedang mengesan suspek lain yang masih bebas.

Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohamad Syafiq Mohd Ghazali menerusi talian 013-7962051 atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Terdahulu, pergelangan tangan manusia terputus dijumpai berhampiran lokasi sebuah kereta terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan Hospital Bahagia Ulu Kinta dekat Tanjung Rambutan di sini pagi semalam. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

4

Semasa 5 bulan yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki