web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Anggota Pukul Pemandu OKU Kena Tindakan Tatatertib Kerana Tidak Isytihar Harta – ΚΡΝ

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2024 8:06AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan tatatertib terhadap anggota pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) pada Mei lepas adalah disebabkan beliau tidak mengisytiharkan hartanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata keputusan itu dibuat selepas Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan manakala tindakan tersebut telah dilaksanakan.

"Apabila ada anggota yang ditahan melakukan kesalahan contohnya melibatkan kes dadah, siasatan akan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik manakala jika terlibat dengan kes jenayah maka Jabatan Siasatan Jenayah akan membuat siasatan dan pada masa sama, JIPS juga akan menyiasat kes melibatkan ketidakpatuhan tatatertib anggota terbabit.

"JIPS akan melihat antaranya tidak mengemas kini buku poket anggota, berpoligami atau keluar negara tanpa kebenaran dan kegagalan mengisytiharkan harta yang menyalahi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN).

"Bagi kes ini, anggota tersebut didapati tidak mengisytiharkan harta justeru tindakan berkenaan dikenakan ke atasnya," kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Berhubung kes mencederakan pemandu e-panggilan OKU, Razarudin berkata pihaknya masih menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kami masih menantikan arahan lanjut untuk mendakwa atau menambah baik siasatan," katanya.

Beliau juga berkata jika mana-mana anggota polis didakwa, mereka berdepan tindakan ditahan kerja dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan tindakan antaranya gantung kerja tanpa gaji.

Razarudin juga berharap orang ramai tidak keliru dengan tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap anggota pengiring itu dan berkata pihaknya tidak pernah melindungi mana-mana warga Polis Diraja Malaysia yang terlibat dengan kes salah laku. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pembunuhan Nur Farah: Siasatan Dibuat Dengan Adil, Telus – KPN

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Peroleh Perintah Siasat Kes Pelakon Pukul Kekasih

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

5 Lelaki Diburu, Kes Pukul Di Kafe Siber

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Salah Faham Punca OKU Dipukul Pengawal Peribadi Kenamaan

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sukan 1 hari yang lalu

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

Sukan 1 hari yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

Semasa 16 jam yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu