web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2024 8:13AM

Saman terhadap Rosmah Mansor itu berkait pembelian barangan mewah berjumlah lebih AS$346 juta, yang didakwa diperoleh menerusi penyelewengan dana 1MDB. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor semalam gagal dalam permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil AS$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.

Saman 1MDB dan 10 syarikat lain terhadap isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu adalah berhubung pembelian barangan mewah berjumlah lebih AS$346 juta, yang didakwa diperoleh menerusi penyelewengan dana 1MDB.

Pada prosiding semalam, Hakim Adlin Abdul Majid yang menolak permohonan Rosmah berkata, pemohon gagal menunjukkan sebarang risiko berat sebelah, sekiranya beliau mendengar kes saman berkenaan.

Menurut hakim itu, beliau berada di bahagian korporat semasa berada di firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill (LHAG), dan segala urusan berkaitan 1MDB diuruskan oleh bahagian perundangan.

"Oleh itu, saya menolak dakwaan bahawa terdapat real danger of bias. Permohonan oleh pemohon ditolak dengan kos," katanya yang turut mengarahkan Rosmah membayar kos RM10,000.

Hakim itu turut menetapkan 20 September ini untuk pengurusan kes.

Dalam permohonan difailkan pada 25 Jun, Rosmah memohon Hakim Adlin yang sedang mendengar saman itu untuk menarik diri, atas alasan hakim tersebut pernah menjadi peguam di firma guaman LHAG.

Hakim Adlin merupakan rakan kongsi firma berkenaan pada Mac 2011 hingga Mac 2021, sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 April 2021.

Menurut Rosmah, beliau percaya bahawa Tetuan LHAG dilantik 1MDB seawal 2018 untuk mewakili syarikat itu, bagi mendapatkan semula aset-aset milik 1MDB.

Selain 1MDB, tuntutan mahkamah difailkan pada 9 Mei lalu menyenaraikan lima anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversified Investment Company Limited, dan SRC International Sdn Bhd sebagai plaintif pertama hingga keenam.

Lima syarikat lain terdiri daripada Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited, disenaraikan sebagai plaintif ketujuh hingga ke-11.

Kesemua plaintif menamakan Rosmah dan seorang wanita bernama Shabnam Naraindas Daswani (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri) sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutan, 1MDB mendakwa Rosmah memperoleh barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang dibeli menggunakan dana syarikat berkenaan berjumlah lebih AS$346 juta (RM1.6 bilion) daripada 48 vendor berbeza di 14 negara.

Oleh itu, kesemua plaintif antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun ditaksir oleh mahkamah, selain memohon deklarasi bahawa plaintif pertama hingga keenam mempunyai hak terhadap barangan mewah yang kini didakwa berada dalam simpanan defendan pertama.

Pada prosiding semalam, Rosmah diwakili peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam manakala kesemua plaintif diwakili peguam Datuk Lim Chee Wee. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS