web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2024 8:01PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor berkata 1MDB gagal memperinci barangan yang didakwa diterima atau dibeli oleh beliau menggunakan dana syarikat pelaburan itu lebih AS$346 juta (RM1.6 bilion).

Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu berkata demikian dalam pernyataan pembelaan yang difailkan semalam bagi membalas saman 1MDB dan lima anak syarikatnya serta lima plaintif lain terhadap beliau dan Shabnam Naraindas Daswani (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri).

Rosmah berkata, beliau bukan seorang fidusiari atau lantikan kepada mana-mana plaintif dan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkaitan pengurusan atau pentadbiran semua plaintif.

“Ini jelas menunjukkan tindakan plaintif adalah pramatang, remeh dan hanya bertujuan untuk memberi tekanan kepada saya selain bersifat mala fide (berniat jahat),” katanya.

Beliau turut menafikan barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang dalam milikannya dibeli menggunakan dana itu.

Rosmah berkata, Mahkamah Tinggi pada 14 November 2022 menyatakan dengan jelas bahawa barangan terbabit bukan hasil daripada pengunaan wang haram atau pecah amanah.

Dalam kes itu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan, dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik Najib dan Rosmah.

Rosmah berkata plaintif terikat dengan keputusan itu dan ia cubaan untuk membuka kembali litigasi berkenaan.

“Plaintif, iaitu entiti milik penuh kerajaan pada ketika itu, bertindak melalui Jabatan Peguam Negara untuk melucut hak barangan dalam milikan saya namun Jabatan Peguam Negara sendiri bertindak untuk mengembalikan sebahagian daripada barangan kemas milik saya atas dasar ia tiada kena-mengena dengan plaintif.

“Malah pada 22 Ogos 2019, notis telah disiarkan dalam warta kerajaan persekutuan memanggil pihak ketiga yang berkepentingan ke atas harta yang disita supaya hadir di mahkamah untuk menunjukkan mengapa harta itu tidak boleh dilucut hak. Plaintif-plaintif gagal menghadirkan diri untuk menyatakan apa-apa bantahan,” katanya.

Rosmah turut menafikan Shabnam Naraindas Daswani adalah ejen atau proksinya.

Selain 1MDB, tuntutan saman itu menyenaraikan lima anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversified Investment Company Limited, dan SRC International Sdn Bhd sebagai plaintif.

Lima syarikat lain ialah Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited, dan Brightstone Jewellery Limited.

Pernyataan tuntutan 1MDB mendakwa Rosmah memperoleh barang kemas, beg tangan, dan barangan mewah lain menggunakan dana syarikat itu yang berjumlah lebih AS$346 juta (RM1.6 bilion) daripada 48 vendor berbeza di 14 negara.

1MDB dan SRC mendakwa lapan entiti luar pesisir yang menerima dana tidak berkaitan dengan syarikat itu ialah Aabar Seychelles, Affinity Equity, Alsen Chance, Blackrock, Blackstone, Brightstone, Good Star Ltd, dan World Merit Management Ltd yang didakwa bertindak sebagai perantara serta membuat pembayaran bagi barangan mewah terbabit.

Oleh itu, semua plaintif antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau jumlah yang ditaksir oleh mahkamah dan memohon deklarasi bahawa 1MDB dan lima anak syarikatnya mempunyai hak ke atas barangan mewah yang kini didakwa berada dalam simpanan beliau. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Termakan Keropok Digaul Racun, 2 Beradik Kritikal Di Hospital

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran