web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Apr 2024 8:04PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ketika disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai Penyiasat SPRM, Penguasa Kanan Nur Aida Arifin, 37, berkata, pihaknya mengambil rakaman percakapan secara naratif dan saksi (Najib) diberi peluang untuk memberikan penjelasan.

Saksi pendakwaan ke-49 itu berkata demikian ketika disoal peguam, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, yang membangkitkan persoalan bahawa bekas perdana menteri itu tidak ditanya apa-apa soalan, ketika beliau ditunjukkan dua dokumen mengenai perolehan Mastika Lagenda Sdn Bhd oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wan Azwan Aiman mencadangkan kepada saksi bahawa ketika dokumen itu dirujuk kepada anak guamnya, Najib tidak disoal mengenai apa yang sebenarnya berlaku dan keadaan keseluruhan membabitkan dokumen berkenaan.

Nur Aida menjelaskan bahawa pegawai penyiasat SPRM tidak meletakkan soalan spesifik ketika mengambil kenyataan Najib.

"Tetapi apabila kita merujuk (kepada dokumen), kita meminta Najib menjelaskan secara penuh mengenai dokumen yang dirujuk, termasuk tindakan dan perkara berkaitan keseluruhan isu.

"Kita tanya soalan dan kita akan rakam dengan cara naratif dan saksi atau OKT (Orang Kena Tuduh), diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci. Saya percaya ada soalan yang ditanyakan kepada Najib apabila dokumen ditunjukkan kepadanya," kata saksi.

Nur Aida juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa SPRM tidak membawa kepada perhatian Najib, berkenaan dua dokumen terbabit dan pada masa yang sama tidak menjelaskan apakah pertuduhan yang akan dikenakan terhadapnya.

Wan Azwan Aiman: Adakah Datuk Seri Najib dijelaskan bagaimana kedua-dua dokumen itu selari dengan pertuduhan terhadapnya?

Nur Aida: Secara spesifik, tidak ada.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok (Sabtu). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka