web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2024 2:06PM

Sultan Ibrahim berkenan menghadiri Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya hari ini. – Gambar Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Yang Di-pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini mengingatkan rakyat agar tidak mengubah media sosial menjadi platform untuk berbalah dan membuka aib kerana tindakan ini hanya menyumbang kepada perpecahan dan persengketaan.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan rakyat agar tidak bersikap keterlaluan atau ekstrem terutama dalam isu yang berkaitan dengan kaum dan agama.

“Jangan buka aib orang lain atau tularkan perkara yang memalukan, kerana ini semua akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan,” titah Seri Paduka Baginda pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat pada majlis tersebut.

Sultan Ibrahim selain itu bertitah orang ramai hari ini berdepan dengan cabaran kebanjiran maklumat tanpa sempadan melalui media sosial yang sukar dikawal.

Justeru, baginda mengingatkan semua rakyat supaya sentiasa berhati-hati dalam menuntut ilmu agama di media sosial dan memastikan kandungan yang diperoleh adalah sahih dan berwibawa. – Getaran, 7 Julai, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Rais Tatarstan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia