web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2024 3:59PM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 zon Sarawak, di Kuching hari ini. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING – Usaha Malaysia untuk melesenkan platform media sosial telah mendapatkan perhatian beberapa negara yang menyatakan minat untuk menuruti langkah berkenaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata badan kawal selia komunikasi United Kingdom (UK), Ofcom, menjadi antara yang menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaksanaan inisiatif itu.

"Pihak Singapura juga ada bertanya mengenai proses pelesenan itu, (namun) penting untuk diingatkan bahawa lain negara mempunyai lain cara (pelaksanaan) mengikut undang-undang terpakai di negara tersebut.

"Saya percaya bila kita mempengerusikan ASEAN 2025, lebih banyak (negara) yang akan ingin mengetahui pencapaiannya dan apa yang telah berjaya kita lakukan berdasarkan proses pelesenan yang akan berkuat kuasa 1 Januari 2025," katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 zon Sarawak, di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya beliau berkata langkah Malaysia berhubung pelesenan itu telah ‘membuka mata’ negara lain untuk tidak membiarkan platform media sosial terus mengaut keuntungan dan melanggar undang-undang negara.
“Ini kali pertama sebuah badan kawal selia barat (Ofcom) menghubungi kita dan bertanya bagaimana untuk melesenkan kerana mereka sudah berhempas pulas berusaha menyelesaikan isu ini begitu lama. 

“Jadi kita mungkin jadi penggerak pertama dalam isu ini sebab rata-rata banyak kerajaan seluruh dunia merasakan bahawa syarikat teknologi besar ini tidak boleh lagi berbuat sesuka hati mengumpul kekayaan tanpa mematuhi peraturan dan undang-undang. Ia akan berakhir tidak lama lagi,” katanya.

Sebelum ini Fahmi dilaporkan berkata mana-mana platform yang tidak mempunyai lesen selepas 1 Januari 2025 boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 126 akta berkenaan, berdasarkan garis panduan yang dibina bersama dan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Majlis APC 2023 Kementerian Komunikasi zon Sarawak menyaksikan 80 warga kerja jabatan di bawah kementerian itu yang bertugas di seluruh Bumi Kenyalang menerima anugerah. 

Turut hadir Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Mazlan Abd Mutalib, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Merdekakan Jiwa Daripada Penyebaran Konten, Komen Jelik - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah