web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Termakan Keropok Digaul Racun, 2 Beradik Kritikal Di Hospital

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jul 2024 6:21PM

Kedua-dua mangsa tidak tahu keropok itu sudah digaul dengan racun tikus - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara termakan keropok yang digaul dengan racun tikus, dua beradik kini bertarung nyawa selepas berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, insiden itu berlaku di Kampung Padang Ubi di daerah berkenaan semalam.

Menurut beliau, keropok terbabit dikatakan ditemui dalam bungkusan yang tergantung di pagar taman berhampiran rumah mereka.

“Mengikut laporan, ibu kedua-dua mangsa yang berusia 25 tahun melihat dua beradik terlibat muntah, sebelum membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau dan ke Hospital Kulim.

“Siasatan mendapati, dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun itu telah mengambil keropok berkenaan yang sebenarnya mahu digunakan untuk meracun monyet,” katanya.

Jelas Mohd Azizul, kedua-dua mangsa disahkan berada dalam keadaan kritikal oleh pegawai perubatan di Hospital Kulim.

“Sehubungan itu, mereka dibawa ke Hospital Pulau Pinang pada jam 7.30 malam semalam untuk rawatan rapi,” katanya.

Beliau memberitahu, jiran mangsa yang bekerja sebagai tukang kebun dipercayai adalah suspek utama kes tersebut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan (kerana kecuaian berhubung bahan beracun),” katanya. – Getaran, 8 Julai 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia