web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Yukazan Rai Pelantikan Mark Tuan Sebagai Duta Dengan Kotak Eksklusif Mark Tuan X Yukazan

Sensasi global ini berkolaborasi dengan Yukazan untuk memperkasa rutin penjagaan diri dalam kehidupan seharian

Gaya Dikemaskini 2 hari yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Oct 2024 6:25PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama produk penjagaan diri, Yukazan dengan bangganya mengumumkan penyanyi dan rapper, Mark Tuan sebagai duta jenama global mereka yang pertama.

Bagi merasmikan dan meraikan pelantikan ini, Yukazan telah memperkenalkan set kotak eksklusif Mark Tuan x Yukazan, bagi meningkatkan lagi pendedahan jenama Yukazan di peringkat global. 

Baik Yukazan atau Mark, kedua-dua pihak komited terhadap penjagaan diri sebagai asas kesejahteraan holistik dan kebahagiaan yang berkekalan. 

Sebagai duta jenama, Mark akan terlibat secara langsung dalam pelbagai acara dan kempen yang dianjurkan oleh Yukazan untuk menginspirasi orang ramai supaya mengambil berat tentang penjagaan diri harian bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. 

“Pelantikan Mark sebagai duta jenama global kami yang pertama merupakan salah satu strategi untuk memperkenalkan jenama ini di peringkat antarabangsa. Kami percaya penglibatkan Mark boleh menarik minat pengguna untuk mendekati dan mengenali produk Yukazan.

“Kami juga percaya dengan pelantikan Mark, kami dapat menyampaikan mesej penting bahawa setiap orang, tanpa mengira latar belakang mereka, berhak mendapat perhatian dan penjagaan diri yang sewajarnya,” ujar Pengarah Urusan Kumpulan MKA Joycare (pemilik jenama), Lee Joyce.

Pelantikan Mark diraikan dalam satu acara eksklusif bersama media di Colony Coworking Space, KL Eco City.

Pada acara itu, wakil media dan pempengaruh berpeluang meneroka rangkaian produk penjagaan diri Yukazan melalui stesen pop-up interaktif, dan juga ‘membongkar’ kotak eksklusif Mark Tuan x Yukazan. 

Kotak berwarna merah terang itu selain mempunyai pelbagai produk penjagaan diri, ia juga dipenuhi dengan barangan eksklusif Mark Tuan seperti rantai kunci dan pelekat bergambar. 

Memandangkan Mark tidak dapat turut serta dalam acara ini, tetamu yang hadir turut dipertontonkan dengan tayangan video daripada Mark. 

“Saya berasa gembira apabila terpilih sebagai duta jenama global Yukazan yang pertama. Saya di sini adalah untuk sama-sama memperkenalkan Kotak Eksklusif Mark Tuan x Yukazan. 

“Walaupun saya tidak dapat bersama-sama pada hari ini, saya harap kita boleh berjumpa pada 24 November hadapan,” ulas Mark. 

Set edisi terhad Mark Tuan x Yukazan boleh didapati secara eksklusif di platform e-dagang Yukazan, laman web rasmi Yukazan, kedai rasmi Yukazan di Shopee dan Lazada serta TikTok Shop bermula jam 10 pagi tadi.

Tersedia dengan dua set pilihan, set edisi terhad ini masing-masing berharga RM229 dan RM339 setiap satu. 

Set kotak eksklusif ini juga akan menampilkan pilihan produk terlaris Yukazan termasuk penjagaan kulit dan penjagaan diri bersama barangan eksklusif Mark yang boleh dikumpul. 

Dengan pembelian set kotak eksklusif ini, peminat terpilih berpeluang untuk menjadi pemenang bertuah untuk menghadiri acara “Meet and Greet” Mark Tuan bersama Yukazan yang dijadualkan pada 24 November depan. - Getaran, 2 Oktober 2024

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Marks & Spencer Lancar Stor Konsep Baharu Di Suria KLCC, Pertama Di Asia

2

Gaya 1 minggu yang lalu

5 Perkara Yang Dinantikan Di IKEA 2025 Ini

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Stor Perdana Puma Malaysia Di Sunway Pyramid Terbesar Di ASEAN

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Haruman Memikat Dari London, Ormonde Jayne Perkenal Siri Montabaco 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia