web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2024 10:05AM

Anwar Ibrahim berkata, beliau selaku Perdana Menteri dengan penuh tawaduk menerima suara rakyat DUN Sungai Bakap. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan menghormati dan menerima kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses pemilihan itu  telah berlangsung dengan lancar dan aman. 

Katanya, beliau selaku Perdana Menteri dengan penuh tawaduk menerima suara rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

“(PRK ini) Berlangsung ketika negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.

“Kerajaan MADANI menginsafi keputusan ini dengan menggilap azam memperhebat usaha membela nasib rakyat dan sekali gus menjayakan agenda mengangkat martabat dan darjat rakyat serta negara,” katanya.

Tegas Perdana Menteri, Gabungan Perpaduan akan terus mengukuhkan kesatuan dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif dengan dasar dan komitmen yang jitu.

“Ini bertepatan dengan realiti hari ini dan anjakan baharu negara yang sedang berjalan,” katanya.

Calon PN, Abidin Ismail (lima dari kanan). – Gambar Facebook
Calon PN, Abidin Ismail (lima dari kanan). – Gambar Facebook

Perikatan Nasional (PN) mempertahankan kerusi Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menumpaskan pencabar dari PH, Dr Joohari Ariffin.

Beliau memungut 14,554 undi untuk mengatasi Dr Joohari dengan kelebihan 4,269 undi.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei akibat keradangan perut.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Nor Zamri  menang di Sungai Bakap dengan majoriti 1,563 undi mengalahkan Nurhidayah Che Rose dari PH. - Getaran, 7 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia