web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

Politik Dikemaskini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2024 1:09PM

Kehadiran Tiong King Sing berjaya menyuntik kembali keyakinan pengundi Cina untuk mengundi calon BN pada PRK Mahkota - Gambar PDP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan Kerajaan Perpaduan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan majoriti luar jangkaan memang sesuatu yang amat luar biasa.

Menurunkan calon komponen dari Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah ternyata percaturan tepat apabila beliau berjaya menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar dengan majoriti 20,648 undi, dipercayai empat kali ganda lebih tinggi berbanding sebelumnya. 

Dalam manisnya kemenangan, ada juga kemunculan berita kurang enak, apabila timbul desas-desus mengenai boikot oleh pengundi Cina, susulan beberapa isu yang mengguris hati komuniti terbabit sejak dua tahun pemerintahan Kerajaan Perpaduan.

Ia termasuk dakwaan dipinggirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan umum sedia maklum, undi masyarakat Cina adalah penyumbang besar kepada kejayaan Pakatan Harapan (PH), khususnya sejak 2008.

Kontroversi melibatkan Teresa Kok dan Dr Akmal antara punca komuniti Cina semakin berjauh hati - Gambar fail
Kontroversi melibatkan Teresa Kok dan Dr Akmal antara punca komuniti Cina semakin berjauh hati - Gambar fail

Senario itu diburukkan oleh kontroversi tercetus antara Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu pensijilan halal.

Tidak dapat dinafikan, kontroversi berkenaan menyebabkan ramai pengundi Cina ‘makan hati’, apatah lagi Dr Akmal dengan jelas mengecam kenyataan dibuat Teresa.

Situasi itu sedikit sebanyak mengocak ‘kedamaian’ dalam Kerajaan Perpaduan yang dibarisi pelbagai parti termasuk BN dan menjadi duri dalam daging untuk pentadbiran negara. 

Turut menjadi persoalan utama ialah kecenderungan kira-kira 34 peratus pengundi Cina yang menjadi penentu kemenangan BN, sama ada mampu meraih majoriti lebih besar atau sebaliknya.

Orang ramai juga dapat melihat bagaimana kempen dijalankan PRK turut ‘sunyi’ dari kehadiran kaum berkenaan. 

All Out Berkempen, Suntik Kembali Keyakinan

‘Kedinginan’ komuniti Cina itu mendorong antara pemimpin utama kaum berkenaan, Datuk Seri Tiong King Sing memutuskan untuk membuat penampilan all out pada kempen kali ini. 

Tindakan beliau itu nyata membuahkan hasil apabila kehadirannya di beberapa lokasi penting menerima sambutan hangat.

Difahamkan, ribuan pengundi Cina menyambut kehadiran beliau setiap kali.

Tampil dengan gaya bersahaja tanpa membawa aura ‘VIP’ yang penuh autokratik membuatkan beliau amat dekat di hati rakyat, malah berjaya meyakinkan pengundi Cina bahawa mereka sememangnya ‘aset penting’ dalam kerajaan.

Kehadiran Tiong King Sing sering menerima sambutan menggalakkan - Gambar PDP
Kehadiran Tiong King Sing sering menerima sambutan menggalakkan - Gambar PDP

Ia juga membawa mesej bahawa kerajaan tidak akan meminggirkan kepentingan kaum terbabit dalam apa juga keadaan.

King Sing yang menyampaikan pesan Anwar pada ceramah bersama Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu di Majlis Kebudayaan Mahkota juga menerima tepukan gemuruh penduduk.

Pada ceramah tersebut, beliau menyampaikan jaminan Perdana Menteri yang komuniti Cina tidak sesekali akan diabaikan di bawah konsep Kerajaan Madani.

Jaminan diberikan King Sing sedikit sebanyak mengubat kegusaran mereka yang selama ini dihantui rasa takut dan bimbang akan dipinggirkan, khususnya selepas beberapa episod ‘kontroversi’ melibatkan mereka.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu juga mengingatkan, mana-mana pengundi yang mahu memboikot atau tidak mengundi pada PRK kali ini agar mengubah fikiran tindakan terbabit boleh menyebabkan kejayaan beralih kepada parti berorientasikan perkauman, PAS.

Tegasnya secara berseloroh, kemenangan pembangkang pada PRK kali ini boleh membuatkan nilai, pandangan agama dan etnik tidak lagi boleh diketengahkan.

“Anda tidak akan berpeluang memakai skirt mini atau seluar pendek seperti itu. Anda hanya boleh menggantungnya di dalam bilik anda,” katanya dalam nada bergurau kepada sekumpulan pengundi wanita.

Jelas King Sing, masyarakat Cina perlu bersatu untuk meningkatkan majoriti undi kali ini. 

“Kita perlu menunjukkan kepada pembangkang bahawa orang Cina tidak menyokong pandangan ekstrem, agama atau berasaskan kaum mereka. 

“Jika anda tidak aktif dan tidak menggalakkan (mengundi) anda pada dasarnya menyokong pandangan mereka,” katanya. 

Kata-kata itu berjaya mendatangkan impak diingini, apatah lagi masyarakat setempat sensiri mengakui bahawa pihak lawan sebenarnya agak ‘ekstrem’ dan paling pantas dalam menuding jari kepada komuniti terbabit dengan cuba menambah isu-isu perkauman pada setiap masa. 

Seperti dijangka, kenyataan King Sing pantas menerima kritikan GERAKAN, namun mereka juga tidak boleh menafikan hakikat dan kebenaran yang dibawa.

Enggan membuang masa, King Sing terus berkempen di semua lokasi utama komuniti Cina termasuklah mengadakan sesi dialog bersama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz bersama Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kluang.

Acara tersebut berjaya membuahkan hasil diingini kerana berjaya mengetengahkan pelbagai isu melingkari masyarakat setempat. 

Pecutan Berjaya, Kempen Terima Impak

Sehingga saat akhir, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu melakukan siri pecutan, termasuk majlis makan malam besar-besaran bersama komuniti setempat sambil menyuarakan kepentingan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, ini adalah antara usaha bagi memastikan kestabilan politik sentiasa terjaga. 

Sepanjang tempoh berkempen, beliau bersama pemimpin-pemimpin BN dan PH bermati-matian cuba meyakinkan pengundi Cina akan kepentingan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kestabilan politik dan ekonomi negara ketika kempen kali ini. 

Banyak persepsi berjaya diperbetulkan termasuklah pertikaian sebahagian masyarakat Cina ekoran keputusan bekerjasama dengan BN di bawah Kerajaan Perpaduan selepas berpuluh-puluh tahun lamanya menanam kebencian kepada parti tersebut.

Tidak dapat dinafikan kemenangan PRK Mahkota adalah hasil kerja keras Tiong King Sing - Gambar PDP
Tidak dapat dinafikan kemenangan PRK Mahkota adalah hasil kerja keras Tiong King Sing - Gambar PDP

Hari ini, senario telah berubah.

Ucapan terima kasih mula kedengaran di sana sini selepas BN berhasil mengutip kejayaan besar termasuk peningkatan undi masyarakat Cina.

Justeru, tidak salah kiranya sekalung penghargaan diberikan kepada King Sing, atas kegigihan dan kerja keras beliau menjamin kejayaan BN untuk terus berkuasa di DUN Mahkota.

Ini juga adalah kemenangan buat Kerajaan Perpaduan di bawah teraju Anwar. - Getaran, 29 September 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 11 bulan yang lalu

BN Masih Berpeluang Di Pelangai Walau Berdepan Tentangan Sengit - Penganalisis

2

Politik 1 tahun yang lalu

Aura, Imej Positif Anwar Bersinar, Mampu Bantu PH Menangi PRN - Penganalisis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mekanisme Terbaik Tangani Provokasi 3R Perlu Dikaji, Jangan Sekat Kebebasan Bersuara

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Menyatukan Parti Politik Antara Cabaran PM Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka