web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Masih Berpeluang Di Pelangai Walau Berdepan Tentangan Sengit - Penganalisis

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Oct 2023 1:42PM

Awang Azman Awang Pawi berkata, walaupun BN berjaya menangkis naratif dibawa PN, masih banyak yang perlu dilakukan untuk menjamin kemenangan di Pelangai - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BNPH, walaupun BN dilihat masih mempunyai kelebihan.

Penganalisis politik, Profesor Azmi Hassan berkata, berdasarkan pemerhatiannya, hampir 60 peratus pengundi memihak kepada BN.

Sehingga ke saat ini, PN masih berusaha keras untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Beliau berkata BN akan mengekalkan kerusi itu tetapi dengan majoriti berkurangan namun gabungan itu dijangka mendapat sokongan pengundi bukan Melayu hasil kerjasama antara BN dengan PH.Jumlah pengundi di Pelangai sekitar 3,000 hingga 4,000 akan memainkan peranan penting dalam pilihan raya kecil ini.

“Walaupun BN menang dengan majoriti besar pada pilihan raya lalu, masuk ke pilihan raya kecil ini, mereka perlu meyakinkan rakyat Pelangai bahawa mengundi BN dan kekal bersama kerajaan perpaduan adalah menguntungkan mereka.

"Persepsi yang perlu diberikan ialah UMNO masih menguasai negeri ini walaupun bekerjasama dengan PH."

Beliau berkata adalah penting bagi BN untuk memenangi kerusi itu dengan menunjukkan bahawa UMNO masih mempunyai kuasa meskipun menjalinkan hubungan politik bersama PH.

Azmi berkata pembangkang kali ini memainkan isu keperluan asas seperti beras yang menyentuh sensitiviti semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata UMNO perlu turun padang dan menjelaskan kepada pengundi Pelangai, mengapa masalah kekurangan beras dijadikan isu dan memberi jaminan ia boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan seperti yang dijanjikan kerajaan.

Beliau berkata kenaikan kos sara hidup juga adalah salah satu isu, yang tidak mungkin dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri sendiri dan memerlukan kerjasama peringkat persekutuan.

"Sehingga hari ini, kita dapat lihat menteri-menteri telah turun padang ke Pelangai dengan tujuan menjelaskan perkara itu dan turut menerangkan langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah yang ada," katanya.

Tiada Kaedah Yang Pasti Untuk Capai Kemenangan

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Malaya (UM) Professor Dr Awang Azman Awang Pawi berkata tiada jumlah atau kaedah kempen tertentu akan menjamin kemenangan di Pelangai.

Beliau berkata orang ramai mungkin beranggapan bahawa PN berputus asa untuk memenangi kerusi itu ekoran kurangnya penganjuran ceramah.

Namun jelasnya, perkara ini bukanlah penunjukan aras yang tepat, kerana Pelangai adalah kawasan pilihan raya kecil.

"PN telah memutuskan untuk pergi dari rumah ke rumah untuk berkempen…pengundi berasa berbesar hati kerana seorang calon pilihan raya melawat rumah mereka untuk memenangi mereka.

"BN juga nampaknya menyedari teknik yang digunakan oleh PN, dan ia menggunakan dwi strategi untuk memenangi hati pengundi. Ia menggunakan ceramah dan lawatan rumah untuk meraih sokongan," katanya.

Beliau berkata, untuk keadaan hari ini, gaya berkempen secara tunggal tidak lagi relevan, calon dan juga parti harus menggunakan pendekatan bercampur-campur jika mahukan sokongan daripada pengundi.

Awang Azman berkata walaupun BN telah berjaya mengatasi naratif PN, masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan BN memenangi pilihan raya kecil Pelangai.

Katanya, BN telah membuat penjelasan dan serangan balas untuk menjelaskan kepada pengundi dengan tujuan menjawab segala serangan yang dibuat oleh PN.

PN juga dalam kempen kali ini menggunakan kaedah serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka menggunakan serangan mereka sebagai platform untuk mendapat perhatian dan meraih sokongan pengundi."

Awang Azman berkata walaupun PN tidak mampu untuk mencapai kejayaan besar, gabungan itu akan memberikan BN laluan yang sukar.

PRK Pelangai diadakan selepas penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun terbunuh dalam nahas pesawat di Elmina pada 17 Ogos lalu.

Beliau adalah antara 10 mangsa yang maut dalam kejadian itu, termasuk dua pengguna jalan raya apabila pesawat itu terhempas ke jalan raya.

Hari mengundi bagi PRK Pelangai akan berlangsung pada 7 Oktober dan akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, calon PN Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kecil itu termasuk 36 anggota polis dan tiga pengundi tidak hadir di luar negara. - The Vibes, 3 Oktober 2023 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

2

Politik 11 bulan yang lalu

PRK Pelangai: Majoriti BN Berkurangan Kerana Fitnah

3

Politik 11 bulan yang lalu

Kemenangan BN Di PRK Pelangai Sudah Dijangka - Penganalisis

4

Politik 11 bulan yang lalu

DUN Pelangai Kekal Milik BN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia