web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemenangan BN Di PRK Pelangai Sudah Dijangka - Penganalisis

Politik Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 8:07AM

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (lapan, kiri) dan Amizar Abu Adam (sembilan, kiri) bergambar bersama barisan kepimpinan BN PH selepas diisytiharkan sebagai pemenang PRK DUN Pelangai - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai semalam tidak mengejutkan dan sudah dijangka walaupun majoriti yang diperoleh berkurangan, menurut penganalisis politik.

Calon BN Datuk Amizar Abu Adam menang dengan majoriti 2,949 undi selepas memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi.

Jumlah majoriti undi itu berkurangan berbanding 4,048 undi diperoleh Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang mewakili BN dalam persaingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.

Penganalisis Sosiopolitik, Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata kemenangan BN itu menunjukkan warga Pelangai menghargai usaha dibuat Allahyarham Johari yang telah merangka pelbagai perancangan dalam tempoh singkat berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri selepas PRU15. 

Dr Awang Azman Awang Pawi - gambar fail
Dr Awang Azman Awang Pawi - gambar fail

Beliau berkata kemenangan itu juga ekoran kesedaran perlunya sinergi antara Kerajaan Pusat dan negeri dalam memastikan kesinambungan khidmat dan usaha penyandang kerusi DUN itu sebelum ini dapat diteruskan tanpa masalah. 

"Jadi, antara tugasan utama yang perlu dilaksanakan Amizar ialah memastikan legasi Allahyarham tidak dihentikan, antara yang perlu dilihat secara serius ialah hal berkaitan infrastruktur seperti lampu jalan, akses laluan yang lebih selamat ke Pelangai dan jalur lebar Internet," katanya kepada Bernama di sini.

Selain itu, Awang Azman berkata kemenangan itu juga secara tidak langsung menunjukkan penerimaan rakyat terutamanya penyokong BN terhadap Kerajaan Perpaduan yang dibentuk bersama Pakatan Harapan (PH) khususnya di Pahang. 

"Ia juga memberi keabsahan lebih besar terhadap pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan, seterusnya membolehkan BN dan PH lebih fokus dalam mengemudi negeri dan negara dan tidak perlu hilang fokus kerana sibuk menjawab tohmahan dan permainan sentimen pihak lawan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya Dr Mohammad Tawfik Yaakub berpandangan  kemenangan BN menunjukkan tidak semua undi Melayu berubah kepada PN untuk mewujudkan apa yang dikatakan sebagai “gelombang hijau”.

 "Kemenangan BN menunjukkan templat  di tempat lain tidak boleh dibawa di Pelangai. Walaupun ada isu seperti pembangunan dengan ada yang membandingkan kawasan itu dengan kawasan sekitar, namun mereka selesa dengan kehidupan terutamanya kepada orang lama,” katanya.

Kemenangan Amizar, 53, yang merupakan anak jati Felda Chemomoi memastikan DUN Pelangai, yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Kuantan, kekal sebagai kubu kuat BN di Pahang sejak 1986.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu selepas Johari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

2

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

3

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 400 Calon Muet Dinasihat Keluar Awal

4

Politik 10 bulan yang lalu

BN Bukan Tempat Sesuai Buat Raja Mohamed Affandi - Sanusi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia