web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 2:47PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEMAMAN - Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mengesahkan tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Ketua Penerangan PEJUANG, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada proses memperkuatkan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Memang kita sekarang dalam rangka strategi untuk memperkuatkan dalaman parti dan mempersediakan diri untuk menghadapi PRU akan datang,” katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata, parti itu juga buat masa ini masih belum membuat sebarang keputusan untuk memberikan sokongan kepada mana-mana calon pada PRK Kemaman.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada PRU15.

Pada PRU15, PEJUANG meletakkan Rosli Ab Ghani sebagai calonnya di Kemaman yang hanya meraih 506 undi.

Che Alias menang kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas memperoleh 65,714 undi, menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) 8,340 undi dan Rosli, sekali gus menyaksikan PAS mendominasi kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 5 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia