web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kurangkan Segera Ketegangan Di Asia Barat, Ambil Langkah Sewajarnya - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 jam yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Oct 2024 3:07PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak di Asia Barat digesa mengurangkan semua ketegangan di rantau berkenaan pada kadar segera, yang telah menggugat keamanan dan kestabilan setempat. 

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan berterusan rejim Zionis ke atas Lubnan, Syria dan Yaman adalah cubaan mereka untuk mengalih perhatian komuniti antarabangsa daripada memberi tumpuan kepada genosid yang berlaku di Palestin. 

Menurut beliau, buat seketika, masyarakat dunia akan lebih berbicara mengenai semua serangan berkenaan, berbanding membangkitkan penderitaan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

“Semua serangan ini secara jelas adalah usaha Israel untuk mengekalkan kuasa pemimpin mereka, sekali gus membolehkan semua ketua Zionis itu terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meragut nyawa insan yang tidak berdosa, hanya demi melindungi kepentingan politik individu tertentu,” katanya.

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Tegas Perdana Menteri, semua pihak perlu bersatu mengekang kitaran kezaliman tersebut, yang berpotensi melibatkan lebih banyak negara.

“Ini semua hanya akan mengundang malapetaka dan kemusnahan yang lebih besar,” katanya. 

Anwar berkata, Malaysia menggesa semua pihak agar segera bertindak untuk mengurangkan ketegangan yang berlaku.

“Kita perlu mengambil langkah sewajarnya dan membiarkan konflik serantau ini terus merebak,” katanya. 

Sementara itu Bernama melaporkan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres pada Selasa mengecam peluasan konflik di Asia Barat dan berkata, gencatan senjata amat diperlukan.

Tentera Israel mengumumkan pada lewat Isnin bahawa mereka telah melancarkan "kempen darat yang terfokus dan terhad" terhadap Hezbollah di selatan Lubnan, dengan laporan media bahawa 95 orang terbunuh dan 172 yang lain cedera dalam serangan udara dalam tempoh 24 jam lepas.

Di ibu kota Syria, Damsyik, letupan kedengaran di seluruh bandar apabila berita mengenai tentera Israel yang memulakan pencerobohan darat ke selatan Lubnan mula tersebar. - Getaran, 2 Oktober 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

Semasa 23 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

Semasa 4 jam yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji