web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa Dikemaskini 3 jam yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Oct 2024 6:35PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Pencarian pesara Felcra Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke dalam sungai Padang Terap dekat sini, diteruskan hari ini.

Operasi melibatkan Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu bermula 9 pagi tadi.

Difahamkan radius pencarian diperluas kepada 12.8 kilometer sepanjang sungai bermula dari Jambatan Kampung Empa, Derang dekat sini iaitu lokasi mangsa dipercayai dicampak.

Semalam, polis mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan dilkat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh dilaporkan turut mengesahkan penahanan dua suspek lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun, Jumaat lepas.

Media sebelum ini melaporkan Sabari hilang sejak 4 September lepas dan kereta dinaiki mangsa kemudiannya ditemukan hangus di Belantik, Sik.

Kehilangan bekas pegawai kewangan itu disedari anaknya selepas telefon bimbit mangsa dimatikan selain terdapat transaksi pengeluaran wang daripada akaun bank millik Sabari. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 2 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

3

Semasa 3 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

4

Semasa 3 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok