web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Spesifikasi Proton X90 Janjikan Pemanduan Santai, Perjalanan Selesa

Ulasan ini adalah pandangan daripada seorang wanita yang suka dengan kereta dan gemar melalukan road trip apabila ingin mengembara di negara sendiri mahupun di luar negara.  

Dikemaskini 2 jam yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2024 11:56AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebaik sahaja ia dilancarkan tahun lalu, ramai yang mula mengintai model SUV (sport utility vehicles), Proton X90 yang merupakan SUV ketiga dalam siri-X oleh Proton.

Ini kerana semakin ramai rakyat Malaysia mula menggemari model SUV, dan Proton X90 merupakan model yang paling murah di dalam kelasnya berbanding dengan saingan terkenal seperti Kia Sorento 2023, Mazda CX-8, dan Nissan X-Trail. 

Proton X90 (2023) ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard (RM123,800), Executive (RM130,800), Premium (RM144,800) dan Flagship (RM152,800) di atas jalan, tanpa perlindungan insurans. 

Satu lagi faktor yang mungkin menarik minat pengguna ialah Proton X90 adalah model paling besar yang ditawarkan oleh Proton, di mana pengguna boleh memilih varian enam atau tujuh kerusi. 

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, Proton X90 mungkin pilihan terbaik. Lebih-lebih lagi jika anda bukanlah seorang yang sanggup berhabisan untuk kenderaan, tetapi masih mahu memlilih kenderaan yang mampu membawa anda ke sana dan ke sini dengan selesa dan selamat.

Jika ada yang masih tidak tahu, Proton X90 menerima sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) berdasar kamera yang terletak di bahagian atas cermin hadapan. 

Bahkan, ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan baharu yang pertama kali diperkenalkan iaitu Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan Pengecaman Papan Tanda (TSI).

Jadi, jika anda memecut laju melampaui had laju yang ditetapkan, sistem amaran akan berbunyi. Bagi sesetengah orang, situasi ini mungkin membuatkan anda kurang selesa, tetapi tidak kepada mereka yang sentiasa mahu mematuhi peraturan jalan raya. 

Terdapat juga sistem keselamatan sedia ada seperti brek kecemasan autonomi, amaran hentaman hadapan dan beg udara SRS atau Supplementary Restraint System (Sistem Kekangan Tambahan).

Sebagai pemandu yang telah menggunakan kenderaan SUV hampir 10 tahun, saya mengakui Proton X90 memberi pengalaman pemanduan yang selesa dan menyeronokkan. 

Namun, saya tidak mahu mengulas secara terperinci tentang spesifikasi Proton X90 ini kerana saya percaya segala maklumat yang anda mahukan ada di hujung jari.

Sebaliknya, saya mahu memberi pandangan sebagai seorang wanita yang suka dengan kereta dan gemar melalukan road trip apabila ingin mengembara di negara sendiri mahupun di luar negara. 

Berikut adalah yang saya suka tentang Proton X90

1. Pemanduan Lancar

Walaupun ia besar dan tinggi, tetapi kawalan badannya adalah baik biarpun ketika kereta memecut laju. Bahkan, ketika memandu laju di selekoh ia tidak terasa seperti ‘terbuang’ ke tepi jalan. 

Terdapat tiga mod pemanduan yang boleh anda pilih iaitu Eco, Comfort dan Sport, dan fungsi inilah menjadikan pemanduan jarak jauh cukup santai dan meyakinkan. 

2. Skrin Sentuh Infotainment Yang Besar 

Skrin infotaimen berdiri sendiri yang bersaiz 12.3-inci yang terletak di bahagian tengah cukup praktikal untuk digunakan. Pemandu pula menerima paparan instrumen digital sepenuhnya dengan skrin 10-inci.

Paling seronok, saya boleh mendengar penstriman muzik dalam talian ataupun bernavigasi tanpa perlu hotspot dengan telefon. Ia kerana ia punya fungsi ketersambungan dengan telefon pintar. Malangnya, tiada sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

3. Mudah Untuk Pengesas Telefon Pintar/Gajet

Kalau sedang road trip fungsi yang satu ini sangatlah diidamkan. 

Memang semua kenderaan baharu punya fungsi ini, tetapi Proton X90 menang kerana ia mempunyai sebanyak tujuh port USB di sekeliling kabin kereta dan terdapat satu permukaan yang dilengkapi pengecas tanpa wayar (di tengah-tengah kabin, di bahagian depan).

4. Bumbung Panoramik 

Sebelum ini, saya berpendapat, kenderaan yang mempunyai bumbung panoramik adalah tidak sesuai dipandu di Malaysia. Maklumlah, iklim di Malaysia adalah panas dan lembap sepanjang tahun.

Namun, setelah melakukan perjalanan dengan Proton X90, pandangan saya berubah. Rupanya, seronok juga memandu dengan bumbung panoramik ini terutamanya ketika langit cerah  dan sedang melalui jalan-jalan di persisiran lantai di waktu petang hari. 

Jika di waktu malam, penumpang boleh ‘layan’ pemandangan bintang-bintang yang bertaburan di langit. 

5. Ruang Penyimpanan Bagasi Yang Ideal

Proton X90 menawarkan ruang bagasi bag seluas 2,050 liter, jadi tiada masalah jika mahu membawa banyak beg ketika sedang mengembara atau mahu membeli-belah. 

Jika barang yang ingin dibawa sangat banyak, lipat sahaja kerusi belakang dan penyimpaan akan menjadi lebih luas. 

Moga perkongsian ini boleh membantu anda membuat keputusan dalam pemilihan SUV yang diidamkan.  - Getaran, 30 September 2024

Foto : Rahayu MN

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 minggu yang lalu

Tecno Pova 6 Pro 5G, Telefon Mampu Milik Untuk Kaki ‘Game’

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

POGS Tampil Dengan Fon Kepala Selamat Untuk Kanak-Kanak

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Si Pemboros Kena Muat Turun Aplikasi Urus Kewangan Ini

4

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Hadiah Bernilai Lebih RM621,000 Untuk Pemenang Anugerah Honor Talents Global Design 2024 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara