web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 8:13AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet, sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon sebanyak AS$3 bilion oleh anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu 1MDB Global Investment Berhad (1MDB GIL) pada 14 Mac 2013.

Penguasa Kanan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Ariffin, 37, bersetuju dengan cadangan peguam mewakili Najib, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin bahawa Najib, selaku Menteri Kewangan ketika itu sudah mendapat persetujuan daripada menteri-menteri Kabinet, selepas memorandum mengenai surat sokongan itu dibentangkan semasa Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 13 Mac 2013.

Saksi pendakwaan ke-49 itu turut bersetuju dengan cadangan Wan Azwan Aiman bahawa ketika membentangkan memo terbabit, Najib hanya menjalankan tugasnya sebagai Menteri Kewangan dan beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam penerbitan bon itu.

Wan Azwan Aiman: Tindakan Datuk Seri Najib yang menyatakan risiko-risiko penerbitan bon ini ketika MJM menunjukkan beliau tiada kepentingan mengenai perkara terbabit, malah risiko yang dimaklumkan mungkin menyebabkan ahli Kabinet tidak setuju dengan pengeluaran surat sokongan itu.

Nur Aida: Tidak setuju.

Wan Azwan Aiman: Sekiranya Datuk Seri Najib mempunyai kepentingan dalam penerbitan bon ini, beliau sepatutnya berjaya mendapatkan jumlah dua kali ganda lebih besar (AS$6 bilion) daripada jumlah bon dinyatakan (AS$3 bilion).

Nur Aida: Tidak setuju.

Sebelum ini, pada November 2021, bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan sama turut menyatakan kerajaan Malaysia mengambil maklum bahawa 1MDB GIL akan menerbitkan bon sebanyak AS$3 bilion yang akan dibayar sepenuhnya pada 2023.

Ismee berkata, surat sokongan itu menjelaskan sekiranya peminjam (1MDB GIL) tidak dapat membayar atau terdapat kekurangan dalam membayar hutang ini, 1MDB akan memberikan bantuan kewangan untuk memenuhi tanggungjawab membayar hutang itu.

"Selain itu, sekiranya 1MDB gagal untuk membayar hutang berkenaan, maka kerajaan Malaysia akan mengambil tanggungjawab itu untuk membiayai 1MDB membayar hutang ataupun secara langsung membayar hutang itu sehingga selesai," katanya ketika memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-13.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan sebanyak RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 2 Mei ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki