web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Berangkat Ke Sambutan Hari Pahlawan 2024

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2024 11:58AM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyaksikan persembahan pantomim bertajuk 'Operasi Subuh' dari gabungan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sempena Sambutan Hari Pahlawan 2024 di Dataran Pahlawan Negara. - Gambar Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan bersempena dengan Sambutan Hari Pahlawan 2024 di Dataran Pahlawan di sini.

Istiadat sambutan yang dinaungi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu berkonsepkan perbarisan statik melibatkan empat detasemen terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), ATM, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Acara dimulakan dengan persembahan lagu Negaraku, diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan Mej Hafizan Mat Ghani daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat).
Sultan Ibrahim kemudian memeriksa kawalan kehormatan utama.

Perbarisan Hari Pahlawan hari ini melibatkan 17 pegawai dan 683 anggota lain-lain pangkat daripada PDRM dan ATM yang diketuai oleh Leftenan Kol Abang Raduan Abang Madihi daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Istiadat kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir yang dikenali sebagai last post dengan menurunkan Jalur Gemilang dan semua tetamu yang hadir berdiri memberikan tabik hormat semasa Jalur Gemilang diturunkan.

Pengisian istiadat diteruskan dengan persembahan pantomim khas bertajuk "Op Subuh" oleh PDRM dan ATM berkisarkan tragedi berdarah yang berlaku pada 6 Julai 2000.

la merupakan hasil karya gandingan Panglima Briged Kedua Infranti Malaysia Brig Jen Datuk Asri Shukor dan Pegawai Staf II Latih Markas 4 Divisyen Mejar Fitri Vinoth Ridzuan Sugumaran, yang dipersembahkan oleh 85 pegawai dan anggota ATM dan PDRM.

Op Subuh menceritakan tentang insiden pertempuran antara pasukan keselamatan negara dengan sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk di Perak, yang merancang untuk menggulingkan kerajaan pada Julai 2000.

Perasaan sedih dan pilu terserlah pada wajah Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah serta beberapa tetamu kehormat ketika menyaksikan persembahan pantomim yang turut disulami dengan dendangan lagu seniman agung tanah air Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bertajuk Di Mana Kan Ku Cari Ganti dan lagu penuh emosi Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu nyanyian penyanyi legenda Uji Rashid.

Persembahan turut meruntun jiwa apabila deklamasi sajak bertajuk "Jenalik Berdarah" disampaikan oleh Sarjan Siti Nur Aini Jasni dan Inspektor Muhammad Faizul Mustafa sejurus replika keranda dua perwira negara yang terkorban dalam tragedi berdarah itu dibawa masuk.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut berkenan mencemar duli menyantuni ahli keluarga mangsa yang terkorban selepas persembahan pantomim tamat.

Sambutan Hari Pahlawan yang diraikan bermula 31 Julai 1960 itu merupakan manifestasi penghormatan kepada pegawai dan anggota ATM dan PDRM dalam mengenang jasa perwira tanah air yang gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Hari Pahlawan 2024: Agong, Raja Permaisuri Zahirkan Penghargaan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 21 jam yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan