web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kemahiran Individu Dan Benteng Pertahanan Kunci Kejayaan JDT, Kata Jurulatih

Sukan Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2024 8:19AM

Pasukan JDT meraikan kejayaan selepas berjaya menewaskan pasukan Selangor FC dengan keputusan 6- 1 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul hatrik Piala FA 2024 Menyerlahkan kejayaan luar biasa pasukan itu dalam membangunkan kemahiran individu pemain dan falsafah mempertaruhkan segalanya dalam benteng pertahanan, kata ketua jurulatih Hector Bidoglio.

Katanya usaha mempertajamkan kemahiran pemain pertahanan membuahkan hasil apabila berjaya membawa pulang kemenangan besar dengan menewaskan Selangor FC 6- 1.

"Falsafah, tingkah laku taktikal adalah untuk mengambil risiko sepanjang masa kerana memperagakan corak permainan serangan dengan mengawal bola sepanjang masa serta mematahkan setiap gerak-geri penyerang lawan di bahagian pertahanan.

"la amat sukar tetapi pemain berlatih kaedah ini setiap hari dan malam ini semua pemain beraksi sebagai satu pasukan dengan baik sekali dan sudah pasti ada pemain dengan kemahiran individu yang cemerlang," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil menyifatkan kekalahan tersebut sebagai sesuatu yang mengecewakan selain mengakui banyak perkara yang perlu diperbaiki pasukan Gergasi Merah selepas ini.

"Keputusan ini sedikit sebanyak menunjukkan banyak perkara perlu diperbaiki supaya berada di tahap yang lebih baik," katanya.

Beliau pada masa sama mengakui beberapa kesilapan anak buahnya juga mungkin menjadi faktor kekecewaan pasukan Gergasi Merah tewas kepada JDT yang disifatkan sebagai pasukan berpengalaman.

Terdahulu, JDT berjaya menambah lambakan koleksi kejuaraan selepas menundukkan Selangor FC 6-1 pada perlawanan akhir Piala FA 2024/2025 malam tadi.

Kejayaan skuad Harimau Selatan dipacu jaringan hatrik Juan Muniz, Alvin Fortes, Bergson Da Silva dan Heberty Fernandes manakala jaringan tunggal Selangor FC oleh Aif Aiman Mohd Hanapi. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

3

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Wajah Pasukan SRG Hiasi 'Billboard' Di Riyadh!

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kemenangan SRG Raih Perhatian Pemimpin Negara, ‘Kejayaan Buat Rakyat Malaysia’ 

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Sukan 21 jam yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Semasa 11 jam yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman

Semasa 1 hari yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

oleh Desmond Davidson

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok