web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2024 8:14AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan sambutan Ambang Merdeka 2024 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka esok.

Menurut hantaran di Facebook DBKL, pembatalan itu sebagai menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar ibu kota baru-baru ini.

DBKL turut mengajak orang ramai bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik.

Kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India Jumaat lalu menyebabkan seorang wanita warga India dikenali Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang benam sedalam 8 meter dengan operasi mencari dan menyelamat akan memasuki hari ketujuh hari ini.

DBKL dalam kenyataan malam tadi memaklumkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memasuki saluran kumbahan dari lurang di Wisma Yakin, manakala kerja-kerja shoring (sistem sokongan sementara) secara manual dan penggalian juga dilaksanakan.

Menurutnya, usaha mengesan mangsa menggunakan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar menembusi tanah oleh Jabatan Mineral dan Geosains akan disambung hari ini.

Malam tadi, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Ahmad Izram Osman dilaporkan berkata, pihaknya mengesan halangan berupa objek tersekat antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua yang terletak kira-kira 80m.

Katanya, dapatan itu hasil pengesanan dua anjing Unit Pengesan (K9), Denti dan Frankie, yang dibawa ke lokasi kejadian petang semalam, selain pengesanan kamera. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pokok Tumbang Berlaku Lagi, Hampir Timpa Kereta KM Melaka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam