web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peluang Harimau Malaya Cipta Sejarah Semakin Tipis

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jun 2024 8:20AM

Gambar FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peluang Malaysia untuk mencipta sejarah layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan meraih tiket awal ke Piala Asia 2027 semakin tertutup apabila gagal membawa pulang kemenangan selepas seri 1-1 dengan Kyrgyzstan di Bishkek, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya kekal di kedudukan ketiga saingan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 dengan mengumpul tujuh mata, dipisankan tiga mata dengan Kyrgyzstan di posisi kedua yang turut memiliki kelebihan perbezaan jaringan menjelang aksi terakhir.

Pada aksi di Stadium Dolen Omurzakov itu, pengendali pasukan negara Kim Pan Gon bertindak berani apabila mempertaruhkan gandingan pertahanan tengah Dominic Tan dan Muhammad Safwan Mazlan yang membuat debut antarabangsa sementara memilih kapten Dion Cools di posisi sayap kanan.

Biarpun turun tanpa beberapa tonggak jentera serangan yang mengalami kecederaan, Malaysia tetap tampil dengan persembahan memberangsangkan terutama pada separuh masa pertama apabila berjaya memberikan tentangan ke atas lawan yang menghuni ranking dunia ke-100 itu.

Pemain pertahanan Kairat Zhyrgalbek Uulu melancarkan serangan pertama Kyrgyzstan pada minit ke-12 menerusi rembatan deras leret yang berjaya dibaca penjaga gol negara Muhammad Azri Abdul Ghani.

Kyrgyzstan terus mengasak dengan menyaksikan pemain tengah Gulzhigit Alykulov terlepas peluang keemasan untuk meletakkan pasukan kendalian Stefan Tarkovic di depan apabila rembatan voli beliau dari jarak dekat selepas menerima hantaran lintang Alimardon Shukurov meliar pada minit ke-20.

Kealpaan barisan pertahanan negara akhirnya dihukum dengan jaringan pembukaan Kyrgyzstan menerusi Alykulov pada minit ke-24 selepas pemain itu menyempurnakan hantaran penyerang Joel Kojo yang terdahulu bijak mengawal bola hantaran jauh Kairat Zhyrgalbek Uulu dari sebelah kiri.

Bagaimanapun, Malaysia boleh menarik nafas lega apabila pemain pertahanan lawan Odilzhon Abdurakhmanov menjaringkan gol sendiri untuk menjadikan kedudukan 1-1 selepas tertanduk bola sepakan percuma pemain tengah naturalisasi negara Endrick Dos Santos pada minit ke-38.

Menghampiri rehat, penyerang naturalisasi Paulo Josue terlepas peluang keemasan untuk meletakkan Malaysia di depan selepas tandukannya diselamatkan penjaga gol Erzhan Tokotaev dalam situasi satu lawan satu pada masa tambahan separuh masa pertama.

Aksi babak kedua menyaksikan tempo permainan lebih perlahan dengan Dos Santos dan Josue masing-masing mempunyai peluang menerusi rembatan dari lar kotak penalti, namun dinafikan Tokotaev manakala Muhammad Azri turut menyelamatkan beberapa percubaan lawan.

Dalam pada itu, Oman berjaya mengesahkan tempat di Piala Asia 2027 dan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menumpaskan Taiwan 3-0 malam ini pada satu lagi aksi kumpulan sekali gus mengumpul 12 mata di kedudukan teratas Kumpulan D.

Selepas ini, Malaysia yang mempunyai defisit dua gol dalam perbezaan jaringan akan melayani kunjungan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pSelasa depan manakala Kyrgyzstan dengan kelebihan enam gol akan bertandang ke Muscat bertemu Oman.

Sekiranya gagal melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 yang akan turut mengesahkan tempat di Piala Asia 2027 secara automatik, Malaysia dijadual mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 untuk membuat penampilan kali kedua berturut-turut di pertandingan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Perak Catat Kemenangan Pertama Di Laman Sendiri, Sabah Tumbang Di Selayang

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah