web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

Sukan Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2024 8:16AM

Ini merupakan kemenangan pertama Malaysia ke atas Lubnan selepas kalah dalam dua pertemuan terakhir pada saingan kumpulan pusingan kelayakan Piala Asia 2019. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pasukan bola sepak negara menghadirkan kegembiraan apabila menjuarai Pestabola Merdeka 2024 dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas Lubnan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Jaringan kemenangan skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti Vicente itu disumbangkan penyerang naturalisasi Romale Morales ketika permainan memasuki suku ketiga separuh masa pertama.

Kemenangan ke atas pasukan di ranking dunia ke-116 itu menyaksikan Malaysia (di ranking ke-134) meraih gelaran pertandingan bola sepak tertua di Asia itu buat kali ke-13 sejak diperkenalkan pada 31 Ogos 1957 dengan kali terakhir memenanginya pada 2013.

Terdahulu, Vicente melakukan enam perubahan dalam kesebelasan utama skuad yang bertemu Filipina Rabu lepas, antaranya Endrick Dos Santos dan Muhammad Safawi Rasid di bahagian tengah; Muhammad Syafiq Ahmad (penyerang) dan pemain pertahanan La'vere Corbin Ong.

Percaturan Vicente berjaya menceriakan kira-kira 10,000 penyokong menerusi gaya permainan yang berani, pantas dan stabil sebelum Safawi menguji gawang Lubnan dengan sepakan percuma yang berjaya ditepis keluar penjaga gol Mehdi Khalil pada minit ketujuh.

Selepas kira-kira 30 minit mendominasi perlawanan, Malaysia berjaya memecah kebuntuan gol selepas Morales menyudahkan hantaran bijak Dos Santos dalam kotak penalti yang gagal ditampan kemas Mehdi pada minit ke-33 sekali gus mendahului 1-0 di separuh masa pertama.

Lubnan kendalian Miodrag Radulovic hampir dibolosi kali kedua, namun Mehdi bertindak cemerlang menepis percubaan jarak dekat pemain sayap gantian Arif Aiman Mohd Hanapi yang menggelecek pemain pertahan lawan sebelum melepaskan rembatan kaki kiri pada minit ke-53.

Penjaga gol berusia 32 tahun itu terus menjadi tembok penghalang gol kedua pasukan negara selepas bijak menutup ruang untuk menyelamatkan sepakan lemah pemain gantian Muhammad Akhyar Abdul Rashid dari jarak dekat pada minit ke-57.

Lubnan yang sesekali melancarkan serangan menyaksikan penyerangnya Karim Darwich terlepas peluang menyamakan kedudukan selepas tandukan padu beliau tepat ke penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed pada minit ke-67.

Berbaki kira-kira 10 minit permainan, Lubnan terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Khalil Khamis diperintahkan keluar padang susulan mengutip kad kuning kedua kerana mengasari Muhammad Akhyar pada minit ke-78.

Kedudukan 1-0 kekal berpihak Malaysia sehingga wisel penamat, menyaksikan ini merupakan kemenangan pertama Malaysia ke atas Lubnan selepas kalah dalam dua pertemuan terakhir pada saingan kumpulan pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Lebih manis, ini merupakan piala pertama buat Vicente selepas hanya dua kali membimbing pasukan negara sejak dilantik menggantikan Kim Pan Gon yang meletakkan jawatan secara mengejut Julai lepas. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 14 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis