web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

Sukan Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2024 8:23AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga untuk menduduki tempat ke-135 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam.

Pasukan kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan Gon memperoleh tambahan 13.04 mata untuk mengumpul keseluruhan 1,107.58 mata, sekali gus meningkat daripada posisi ke-138 dunia yang dihuni sejak 4 April lepas.

Peningkatan terkini itu dicapai susulan pencapaian Malaysia dalam saingan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan masing-masing seri 1-1 dengan Kyrgyzstan dan mengatasi Taiwan 3-1, awal bulan ini.

Sementara itu, Thailand melangkah ke dalam kelompok 100 terbaik dunia selepas beralih satu langkah daripada kedudukan ke-101, diikuti Vietnam yang turun satu anak tangga kepada 118 manakala Indonesia kekal di tempat ke-134 untuk berada dalam kalangan tiga pasukan terbaik Asia Tenggara.

Juara Piala Dunia 2022, Argentina, Perancis dan Belgium mengekalkan kedudukan tiga teratas manakala Brazil memintas England untuk tempat keempat. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Peluang Harimau Malaya Cipta Sejarah Semakin Tipis

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Declan Tawar 'Versatil' Kepada Pan Gon

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Semasa 5 jam yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 22 jam yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar