web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2024 8:40AM

Gobind Singh Deo (tengah) dan Aireen Omar (kiri) pada pelancaran Outcast semalam – Gambar Diyana Nawwar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Akademi Air Asia iaitu projek usaha sama digital oleh Capital A kini dikenali sebagai Outclass, selepas penjenamaan semula.

Institusi terbabit bagaimanapun kekal dengan peranan sebagai platform pengalaman pembelajaran generasi akan datang.

Presiden (Pelaburan & Usaha Sama) Capital A dan Pengarah Eksekutif Outclass, Aireen Omar berkata, Outclass direka bagi memperkasa kemahiran dan bakat individu untuk berkembang maju dalam landskap tenaga kerja yang dinamik.

“Kami amat teruja untuk memperkenalkan platform revolusioner yang direka untuk memperkasakan individu dan perniagaan.

“Outclass memperibadikan pengalaman pembelajaran serta memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesyorkan laluan kerjaya terbaik berdasarkan personaliti, cita-cita dan kemahiran anda,” katanya pada majlis pelancaran penjenamaan semula Outclass di KL Sentral, semalam.

Menurut beliau, Outclass bakal dilancarkan di seluruh ASEAN bermula dengan Singapura, Thailand, Filipina, dan Indonesia.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Digital, Gobind Singh Deo yang turut hadir menyifatkan Outclass sebagai satu langkah penting dalam memajukan kemahiran semula digital dan peningkatan kemahiran di Malaysia.

“Capital A telah menjadi penyokong teguh inisiatif kerajaan untuk memupuk bakat dan tenaga kerja yang mahir dalam digital.

“Pada kemuncak pandemik, mereka berjaya menambah dan meningkatkan kemahiran lebih daripada 3,000 bakat dalaman mereka sendiri.

“Sehingga kini Outclass telah berjaya menambah dan meningkatkan kemahiran lebih daripada 9000 bakat,” katanya.

Outclass berbeza daripada Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) tradisional kerana ia berpaksikan  Platform Pengalaman Pembelajaran (LXP) yang lebih komprehensif.

Platform yang boleh disesuaikan ini direka khas untuk memenuhi keperluan individu dan organisasi.

Selain itu, Outclass juga menawarkan pelbagai kursus di luar subjek berkaitan teknologi, termasuk pengalaman pembelajaran yang disusun oleh pakar industri dan penyumbang.

Platform ini menampilkan perpustakaan kandungan yang luas merangkumi pelbagai bidang, termasuk siri INSPIRE yang mengetengahkan kisah kejayaan dan pandangan daripada tokoh berpengaruh seperti mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim dan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. – Getaran, 5 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Penerbangan Tambahan Tengah Malam Pada Kadar Tambang Tetap, Loke Hargai AirAsia

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Ikuti Kursus 'Online' Dengan Hanya RM9.90

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Sukan 17 jam yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Sukan 1 hari yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0