web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Sukan Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jul 2024 8:36AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan agregat 13-0 selepas membelasah pasukan Liga Al, Malaysian University 8-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Skuad kendalian Hector Pablo Bidoglio membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi percubaan jarak jauh Juan Muniz Gallego sebelum Heberty Fernandes De Andrade menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-25 selepas Francisco De Oliveira Geraldes dijatuhkan Muhammad Nashran Elias dalam kotak penalti.

Heberty menambah jaringan empat minit kemudian sebelum Muhamad Feroz Baharudin menambah gol keempat JDT pada minit ke-34.

Bersambung babak kedua perlawanan, JDT terus berpesta gol menerusi Francisco pada minit ke-60, Romel Oswaldo Morales Ramirez pada minit ke-71 dan ke-90 manakala Bergson Gustavo Silveira Da Silva pada minit ke-77.

Terdahulu, JDT menumpaskan Malaysian University 5-0 dalam pertemuan suku akhir pertama di stadium sama pada Sabtu lepas.

Sementara itu di Stadium Darul Aman, Alor Setar menyaksikan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melangkah ke separuh akhir Piala FA menerusi agregat 1-0 ke atas Penang FC dengan perlawanan separuh akhir kedua berakhir tanpa sebarang jaringan.

Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan pelawat lebih banyak mengasak dengan melancarkan serangan bertali arus namun sehingga wisel penamat dibunyikan, kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan.

KDA FC sebelum ini mengatasi Penang FC 1-0 di Stadium Bandaraya di Pulau Pinang pada aksi suku akhir pertama pada Jumaat lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia