web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penerbangan Tambahan Tengah Malam Pada Kadar Tambang Tetap, Loke Hargai AirAsia

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Feb 2024 8:19AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berterima kasih kepada AirAsia kerana menyokong inisiatif kerajaan dalam menyediakan penerbangan tengah malam pada kadar tambang tetap ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Tahun Baharu Cina.

Menerusi video terbaharu di Facebooknya hari ini, Loke berkata, inisiatif yang diambil oleh syarikat penerbangan tempatan itu menjadikan ia lebih mampu ditampung untuk rakyat Sabah dan Sarawak pulang ke kampung meraikan Tahun Baharu Cina dengan tambang serendah RM298.

"Saya ingin berterima kasih kepada AirAsia kerana menyokong inisiatif kerajaan menyediakan lebih banyak penerbangan tambahan tengah malam pada tambang tetap," katanya.

Sebagai menunjukkan penghargaannya terhadap usaha dibuat oleh AirAsia itu, Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas, simbol kepada kemakmuran dalam meraikan ketibaan Tahun Naga esok.

Pada 15 Disember lalu, Loke mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberi subsidi kepada pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi melebihi RM599 untuk perjalanan sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan, selama tiga hari sebelum musim perayaan utama termasuk Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia