web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ikuti Kursus 'Online' Dengan Hanya RM9.90

Bermula 9 hingga 30 September ini, Redbeat Academy yang dibawakan AirAsia Digital menawarkan pembelajaran dalam talian pelbagai kursus menarik dan bermanfaat untuk kelangsungan karier.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2021 8:30AM

Gambar: Avel Chuklanov, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Proses pembelajaran tidak pernah terhenti. Setiap hari pasti ada perkara baru yang kita pelajari. Bagi anda yang sedang mencari kursus untuk menambah ilmu atau menambah baik diri dengan kemahiran baharu, mungkin anda perlu rebut tawaran disediakan Redbeat Academy.

Bermula 9 hingga 30 September ini, akademi yang dibawakan oleh AirAsia Digital ini menawarkan pembelajaran dalam talian dengan harga RM9.90 untuk pelbagai kursus menarik dan sudah semestinya boleh dimanfaatkan demi kelangsungan karier. 

Rutin harian mungkin padat, tetapi pasti anda boleh mencari masa yang sesuai untuk mengikuti pembelajaran dalam talian ini kerana ia hanya mengambil masa satu jam untuk setiap sesi. Paling mudah, ikutinya pada waktu rehat makan tengahari!

Pendaftaran kini dibuka dan kursus promosi ini akan berlangsung dari September hingga Oktober 2021. 

Pendaftaran boleh dibuat dengan mudah melalui airasia Super App dan klik pada ikon ‘Academy’ atau layari redbeatacademy.com dan pilih pelbagai kursus seperti Analisis Data - Menggunakan data dengan cara baharu, Pemasaran Digital - Bina kepercayaan pelanggan dengan kempen yang lebih bijak; Reka Bentuk UX - Terokai strategi penjenamaan untuk perkembangan lebih luas dan banyak lagi. 

Pengarah Strategi & Inovasi Redbeat Academy, Dr. Ram Gopal, dalam satu kenyataan media memberitahu, pihaknya percaya kursus dalam talian yang ditawarkan dapat memberi faedah jangka panjang kepada mereka yang mengikutinya.

“Kursus yang amat berpatutan ini bukan sahaja menawarkan nilai terbaik untuk individu, malah memberi faedah jangka panjang dengan mengajar mereka kemahiran teknologi yang diperlukan pada masa ini di mana keperluan pekerjaan sentiasa berubah.”

“Kursus yang berpatutan ini terdiri daripada modul pembelajaran kendiri yang membolehkan individu untuk berkembang, mempelajari kemahiran digital baharu dan menyediakan langkah permulaan bagi kursus yang lebih terperinci dan kursus lanjutan.

"Kami berharap orang ramai akan mengambil peluang ini untuk mendaftar dan terus belajar agar tidak ketinggalan dalam dunia digital ini,” ujar Dr. Ram.

Setiap kursus untuk promosi ini diseliakan oleh tenaga pengajar pakar yang berkelayakan dalam bidang masing-masing. Pemilihan topik juga diteliti oleh tenaga pengajar berdasarkan topik industri semasa dan relevan. 

Setiap individu yang telah mendaftar juga akan menerima baucar tambahan RM30 untuk setiap pembelian Promosi 9.9 Siri Pembelajaran dalam talian ini. Baucar tersebut boleh digunakan untuk platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) oleh Redbeat Academy.  

Platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) baharu ini membolehkan individu untuk belajar mengikut keselesaan, masa dan tempat pilihan mereka. Tidak kira untuk tujuan kerjaya atau menambah baik diri, platform ini menyediakan akses kandungan untuk mempelajari apa sahaja (All-You-Can-Learn) dan memperkasakan individu untuk mengambil latihan yang relevan berdasarkan apa yang mereka ingin pelajari pada bila-bila masa dan di mana sahaja.    

Muat turun airasia Super App hari ini dan ketahui lebih lanjut mengenai kursus Redbeat Academy melalui ikon ‘Academy’ atau layari redbeatacademy.com. Ikuti Redbeat Academy di Facebook, Instagram dan YouTube untuk maklumat dan promosi terkini. 

Gambar: Redbeat Academy

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia