web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jul 2024 9:11PM

JBPM Perlis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Sepasang suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar, Kampung Tok Pulau dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Zaidi Ma'at berkata bagaimanapun pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an bersama anak mereka terselamat namun wanita dan anak itu didapati tidak sedarkan diri ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Beliau berkata pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Empat menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.11 petang dan tiba di lokasi itu lima minit kemudian untuk operasi menyelamat manakala operasi itu tamat pada jam jam 4 petang.

"Setibanya pihak bomba di lokasi kejadian didapati tiga mangsa berkendan berjaya diselamatkan orang awam.Namun, ibu dan anak itu tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan cemas (CPR) sebelum dibawa ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata lelaki itu bersama isteri dan anak mereka dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. - BERNAMA

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia