web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terbuka Indonesia : Impian Beregu Lelaki Negara Lebur Di Tangan Juara Asia 

Sukan Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2024 8:54AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terlepas peluang mengekalkan kemenangan set pertama apabila gagal meraih kejuaraan Terbuka Indonesia di Istora Senayan di sini semalam.

Pada perlawanan akhir, pasangan nombor 20 dunia itu terpaksa akur tewas kepada gandingan ranking kedua dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-19, 16-21, 12-21 dalam masa 55 minit.

Beregu negara itu masih belum menewaskan pasangan juara Asia dari China itu dalam empat pertemuan sejak dua tahun lalu.

"Dalam perlawanan penentuan, mereka pantas memperoleh rentak mereka...jadi sukar untuk kami mengejar.

"Masih banyak yang perlu kami belajar terutama dari segi keyakinan dan mentaliti. Bagaimanapun, prestasi kami begitu tidak teruk dalam kejohanan ini," kata Wei Chong.

Dalam pada itu Kai Wun berkata: "Dalam set pertama mereka hanya mengikut gaya permainan kami dan menukar strategi pada set penentuan sehingga tidak dapat memperoleh mata. Kini akan membuat persiapan menghadapi Terbuka Jepun dan Korea Selatan."

Selaku naib juara, Wei Chong-Kai Wun memperoleh hadiah wang tunai US$45,500 (RM213,500) manakala Wei Keng-Chang meraih US$96,200 (RM451,557).

Terdahulu, dalam acara perseorangan lelaki, pemain China, Shi Yu Qi muncul juara selepas menewaskan pemain Denmark, Anders Antonsen, 21-9, 12-21, 21-14.

Gelaran juara perseorangan wanita menjadi milik pemain China Chen Yu Fei apabila menundukkan pemain pilihan pertama dari Korea Selatan, An Se Young 21-14, 14-21, 21-18.

Dalam acara beregu wanita, pilihan kedua kejohanan dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee muncul juara selepas menewaskan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 21-17, 21-13.

Acara beregu campuran pula dimenangi pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin selepas menewaskan rakan senegara, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 21-11, 21-14. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Terbuka Indonesia: 2 Beregu Negara Ke Separuh Akhir, Zi Jia Kandas

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Wei Chong-Kai Wun Tewaskan ‘The Daddies’ Untuk Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Wei Chong-Kai Wun Tundukkan Juara Olimpik, Juarai Terbuka Taipei

4

Sukan 1 tahun yang lalu

BAM Berhasrat Bawa Masuk Pakar Psikologi

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu