web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


BAM Berhasrat Bawa Masuk Pakar Psikologi

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 8:51PM

Pakar psikologi dalaman BAM boleh membantu 80 pemain senior serta melengkapkan khidmat pakar daripada Institut Sukan Negara (ISN) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap dapat membawa masuk pakar psikologi dalam usaha meningkatkan kekuatan mental pemain ketika beraksi di bawah tekanan yang hebat di gelanggang.

Pengarah Prestasi Tinggi BAM Dr Tim Jones berkata adalah penting untuk menambah pakar psikologi dalaman kerana individu terbabit boleh membantu 80 pemain senior serta melengkapkan khidmat pakar daripada Institut Sukan Negara (ISN) pada masa ini.

Pengarah Prestasi Tinggi BAM Dr Tim Jones - Gambar Bernama
Pengarah Prestasi Tinggi BAM Dr Tim Jones - Gambar Bernama

“Sudah tentu dalam perancangan saya untuk ada seorang (pakar psikologi), tetapi saya perlu mendapatkan kelulusan bajet dahulu.

“Walaupun pada masa ini kita menggunakan pakar psikologi daripada ISN tetapi bagi saya, saya ingin memperkuatkannya kerana kita ada ramai pemain, jadi saya fikir bagus mempunyai seorang lagi untuk membantu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Baru-baru ini, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM Rexy Mainaky menggesa pemain beregu lelaki supaya membuang ‘sindrom’ kalah dalam separuh akhir dan final sesuatu kejohanan.

Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky - Gambar Fail
Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky - Gambar Fail

Bingung dengan persembahan ditonjolkan atlet itu, Rexy berkata wakil negara terutamanya gandingan nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mampu menewaskan pemain terbaik pada peringkat awal pertandingan, namun sering tersingkir apabila mara ke separuh akhir.

Jones juga berpendapat bahawa seorang pakar psikologi sudah mencukupi dalam BAM selagi individu berkenaan dapat menyesuaikan diri dan boleh berkomunikasi dengan baik bersama pemain.

Mengenai perkembangan lain, Jones mengesahkan jurulatih perseorangan wanita yang baru dilantik James Chua akan memulakan latihan dengan pemain minggu depan berikutan bekas ketua jurulatih Indra Wijaya meninggalkan BAM untuk melatih jaguh perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia yang kini pemain profesional negara.

Dalam pada itu, Jones berkata mereka kini dalam fasa akhir melengkapkan proses pengambilan jurulatih beregu yang baharu bagi mengisi kekosongan jawatan jurulatih beregu lelaki dan beregu campuran yang sebelum ini masing-masing dipegang oleh Flandy Limpele dan Paulus Firman.

“Kami memberi jaminan sesiapa yang dipilih akan menjadi pilihan yang baik dan pastinya membantu kita meraih pingat pada Sukan Olimpik 2024 di Paris nanti,” katanya.

Pada 1 April lepas, Flandy membuat keputusan mengejut meninggalkan BAM apabila tidak menyambung kontrak selepas dua tahun manakala sebulan kemudian, Paulus meletakkan jawatan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Sementara itu, Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata mereka akan meneruskan tradisi menghantar skuad remaja bagi mewakili negara ke Sukan SEA 2023 di Kemboja yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 16 Mei.

Ditanya sama ada BAM berhasrat menurunkan pemain yang pernah beraksi pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam Mei lepas, Kenny berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada Jones, Rexy dan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM Wong Choong Hann kerana temasya itu mungkin bertembung dengan kejohanan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

2

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Zii Jia Ungguli Terbuka Australia

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Terbuka Indonesia : Impian Beregu Lelaki Negara Lebur Di Tangan Juara Asia 

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Semasa 16 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad