web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Zii Jia Ungguli Terbuka Australia

Sukan Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2024 8:34PM

Lee Zii Jia - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun Kodai Naraoka di pentas final hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Quaycentre di Sydney Olumpic Park itu, bekas juara All England itu bagaimanapun tidak diberikan laluan mudah seteru di ranking keenam dunia sebelum mengatasi cabaran Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21,21-18.

Dalam pertarungan selama 78 minit itu, Zii Jia, selaku pemain nombor lapan dunia, merekodkan kemenangan ketiga ke atas Naraoka dalam enam pertemuan dengan bekas juara Asia itu dan pertemuan terakhir di kejuaraan All England Mac lalu.

Zii Jia sebelum ini pernah tewas kepada Naraoka pada Terbuka Malaysia 2023, Terbuka China 2023 dan Terbuka India 2024.

la juga gelaran kedua Zii Jia tahun ini selepas Terbuka Thailand pada Mei lepas.

Selaku juara, Zii Jia membawa pulang hadiah wang tunai AS$31,500 (RM148,069) manakala Naraoka memperoleh AS$15,960 (RM75,022) selaku naib juara pada kejohanan berstatus Super 500 itu.

Sementara itu, gandingan baharu Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien meraih gelaran sulung negara dalam acara beregu wanita di kejohanan itu tidak kesampaian apabila tewas di tangan gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi, 21-17, 7-21, 13-21.

Pei Jing-Chiew Sien begitupun boleh berbangga dengan pencapaian selaku naib juara dengan membawa pulang AS$15,960 (RM75,022) manakala selaku juara, Febriana-Amallia membawa pulang hadiah wang kemenangan AS$33,180 (RM155,966). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Wei Chong - Kai Wun Mara Ke Final Terbuka Indonesia

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Aaron-Wooi Yik 'Mandi Peluh' Sebelum Ke Pusingan Kedua Terbuka Singapura

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Rashid Simpati Nasib Tze Yong

4

Sukan 3 bulan yang lalu

All England: Hanya Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Zii Jia Kandas

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Luar Negara 1 hari yang lalu

1,301 Jemaah Disahkan Meninggal Dunia, 83 Peratus Tidak Miliki Permit Tunai Haji 

oleh Diyana Nawwar