web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2024 5:02PM

Kawasab Bukit Malut yang dipenuhi setinggan menyebabkan laut sekitar menjadi amat kotor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik hasrat kerajaan negeri mahu mengangkat Langkawi sebagai pulau terbersih dunia, tahap kebersihan kawasan laut destinasi pelancongan popular itu didakwa kini berada dalam keadaan terlalu kotor terutamanya di Bukit Malut. 

Menurut Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi), kekotoran itu seakan sudah out of control hingga dapat dilihat oleh golongan yang keluar ke laut untuk menikmati suasana matahari terbenam.

Malah Mohd. Suhaimi yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kedah turut menjemput Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan untuk turun ke laut sekiranya ke Langkawi bagi menyaksikan keadaan di situ.

"Baru-baru ini kita (Kedah) umumkan bahawa Langkawi akan jadi pulau terbersih di dunia. Sekarang ini masalahnya di Langkawi, lautnya terlalu kotor. 

"Kalau timbalan menteri ke Langkawi, saya minta ke laut khususnya di kawasan Bukit Malut. Mereka yang selalu ke laut untuk tengok matahari terbenam, akan memerhatikan bahawa kotoran di Langkawi ini sudah 'out of control'.  

"Jadi saya minta menteri fokus kepada kebersihan laut dan saya pun tak tahu kementerian mana yang kutip sampah di laut ini," katanya. 

Mohd Suhaimi Abdullah - Gambar fail
Mohd Suhaimi Abdullah - Gambar fail

Beliau berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan kepada Khairul Firdaus dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini. 

Sementara itu Khairul Firdaus yang bangkit bagi memberikan jawapan menegaskan, isu kebersihan pantai sebenarnya terletak di bawah kerajaan negeri. 

"Pertamanya di bawah kerajaan Madani kita tak pernah anak tirikan mana-mana negeri. Itu sebabnya Menteri, Datuk Seri Tiong King Sing sendiri secara spesifik telah arahkan supaya Langkawi diangkat sebagai satu daripada pulau terunggul di Malaysia. 

"Berkaitan kebersihan pantai, itu sebenarnya terletak di bawah kerajaan negeri. Tetapi di kementerian ini, kita ada program sukarelawan dan kami akan aktifkan program ini di Langkawi supaya pulaunya sentiasa tenang serta bersih," katanya. 

Isu sampah di perairan Langkawi terutamanya berdekatan penempatan haram di Bukit Malut bukan perkara baharu dengan perkara itu pernah dibangkitkan media massa termasuk Getaran sebelum ini. 

Keadaan itu dipercayai berlaku berikutan keadaan penempatan tersebut yang dibina secara setinggan, menyebabkan banyak sampah-sarap dibuang ke laut. 

Di sebalik semua itu, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi ketika berkunjung ke Langkawi dalam bulan Ramadan lalu mengajak semua pihak supaya berusaha menjadikan Langkawi sebagai pulau terbersih dunia bagi menarik lebih ramai pelancong. 

Malah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria pada April lalu turut mengumumkan bahawa perkara itu sememangnya telah menjadi hasrat kerajaan negeri. 

Terdahulu ketika menjawab soalan tambahan Teresa Kok (PH-Seputeh) mengenai dasar sesetengah kerajaan negeri yang didakwa kurang mesra pelancong seperti tidak boleh 'minum', tidak boleh memakai seluar pendek serta menetapkan 'kod' pakaian agak ketat, Khairul Firdaus memaklumkan pihaknya telah berinteraksi dan mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan negeri. 

"Secara jelas saya ingin maklumkan di dewan yang mulia ini bahawa kementerian telah ke negeri-negeri untuk buat pameran, adakan interaksi serta laksanakan sesi libat urus bersama kerajaan negeri. Apa yang dibangkitan Seputeh sebenarnya berada dalam keadaan cukup terkawal. 

"Segalanya cukup baik dan saya mohon supaya kita tak perlu libatkan perkara yang sebenarnya tidaklah menjadi perkara cukup serius di negara ini," katanya. 

Dalam pada itu beliau mendedahkan, pihak kementerian mungkin akan memposisikan Langkawi sebagai destinasi utama untuk dikunjungi pelancong Muslim. 

"Dalam berdepan saingan dengan negara lain (untuk menarik kedatangan pelancong), kita perlu fokuskan kepada beberapa sektor khusus. Baru-baru ini apabila ke Langkawi, kita tahu bahawa Langkawi amat susah untuk Langkawi bersaing hebat dengan dengan pulau di negara jiran. 

"Sebab itu kita mungkin akan posisikan Langkawi sebagai destinasi utama yang boleh dipilih pelancong Muslim untuk dikunjungi supaya lebih ke arah kekeluargaan, riadah dan kerohanian," katanya. - Getaran, 24 Jun 2024.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang