web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2024 12:50PM

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md. Nor harap MKN segera tangani isu tersebut. – Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Isu sampah di perairan Langkawi terutamanya di Bukit Malut sebenarnya berpunca daripada penempatan haram di kawasan tersebut yang dibina hingga memasuki kawasan laut.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau yakin masalah kebersihan laut di situ dapat diatasi serta-merta sekiranya isu penempatan haram tersebut diselesaikan segera.

Sehubungan itu katanya, beliau amat berharap supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera menangani isu berkenaan memandangkan perbincangan bersama agensi tersebut sebelum ini telah menampakkan perkembangan positif.

"Di Bukit Malut itu isu utamanya adalah rumah yang dibina sampai ke laut. Apabila ada rumah di laut, mana ada longkang atau tong sampah di situ.

"Maka jalan paling mudah, buang sajalah sampah ke laut. Tetapi dalam isu Bukit Malut ini, saya dah bincang dengan MKN untuk kita selesaikan iaitu dengan memindahkan mereka di penempatan baharu.

"Saya harap perkara dipercepatkan dan setakat ini, ada perkembangan positif untuk tanah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sebelah penempatan tersebut diambil alih bagi dibangunkan rumah yang lebih teratur serta tersusun," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Sanjungan Ilmu Bagi Membeiri Penghargaan Kepada Pelajar-Pelajar Yang Mencapai Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan Di Kedah.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, mengikut perancangan, rumah baharu yang dibina itu nanti akan dibeli oleh keluarga yang selama ini mendiami penempatan haram tersebut.

"Kalau tanah itu diambil alih secara percuma, pemaju hanya tinggal buat rumah sajalah. Jadi rumah itu tidaklah mahal dan orang boleh beli.

"Saya harap perkara ini dilaksanakan segera. Kalau tidak, penempatan itu akan lebih jauh melarat ke laut dan orang akan terus buang sampah di situ," katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mendakwa keadaan laut di Langkawi terlalu kotor seakan 'out of control' dan pelancong yang keluar bagi menikmati suasana matahari terbenam, akan turut melihat keadaan tersebut.

Mohd Suhaimi membuat kenyataan itu ketika bertanyakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.

Sementara itu Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri tidak pernah diajak berbincang mengenai hasrat kementerian untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi pilihan utama pelancong muslim seperti dinyatakan Khairul Firdaus di Parlimen semalam.

"Langkawi itu wilayah Kedah dan kita juga namakan pulau itu sebagai permata Kedah. Maka ikut suka Kedahlah nak buat apa pun kan?

"Kita tak pernah nyatakan Langkawi itu pulau pelancongan Islam sebaliknya sesiapa nak datang pun boleh. Cumanya timbul isu dari DAP kononnya kita tak benarkan orang pakai seluar pendek dan Menteri Pelancongan pun nyatakan perkara sama sedangkan semua benda itu tak betul," katanya.

Tambahnya, prestij Langkawi selaku satu daripada pintu masuk ke negara ini yang membawa pulangan berbilion ringgit dalam sektor pelancongan perlu sentiasa dijaga.

"Langkawi merupakan antara 10 pulau terbaik dunia dan itu hakikat yang perlu diakui. Jadi kena jagalah prestij itu dan jangan hadkan kepada orang Islam saja sebaliknya kita terbuka," katanya. - Getaran, 27 Jun 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 23 jam yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 15 jam yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 18 jam yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari